
Acara San Diego Comic Con merupakan antara konvensyen yang dinanti-nantikan peminat, khususnya yang meminati genre superhero. Marvel Studios seperti biasa, memberikan perkembangan terkini dan pengumuman baharu yang mengujakan peminat.
Dari pelancaran trailer Black Panther sehinggalah pengumuman judul baharu Marvel Cinematic Universe, jika Fasa 1 hingga 3 diberi judul The Infinity Saga, Fasa 4 hingga 6, Marvel Studios memberi nama The Multiverse Saga, memberi petunjuk bahawa peminat akan melihat lebih banyak penggembaraan merentasi alam yang pelbagai.
Fasa 4 kini sedang berjalan, dan memberikan banyak pengenalan mengenai ‘multiverse’ kepada peminat. Black Panther akan menutup fasa Empat, sebelum Fasa Lima dibuka dengan filem Ant-Man & The Wasp: Quantumania yang akan ditayangkan pada Februari tahun hadapan.
Berikut adalah perkembangan terkini dan judul terbaru MCU yang diumumkan semasa konvensyen Comic-Con yang berlangsung di San Diego, Amerika Syarikat hari ini.
FASA 4
She-Hulk: Attorney at Law (debut di Disney+ Hotstar pada 17 Ogos)
Marvel Studios telah mengeluarkan trailer panjang untuk She-Hulk: Attorney at Law, dan nampaknya menarik untuk diperkatakan bahawa siri terbaru akan datang akan menjadi salah satu siri Disney+ dan Fasa 4 yang menyeronokka
Selain melihat sekilas beberapa penjahat buku komik, kita menyaksikan lebih banyak latihan yang diterima Jennifer Walters dari The Hulk dan mendapat pemahaman yang lebih baik tentang perkara yang akan dilakukan oleh peguam itu dalam rancangan akan datang. Perlu diingatkan juga bahawa kesan visual telah bertambah baik sejak teaser pertama dilancarkan.
Dan, yang paling menarik, anda dapat melihat sekilas watak Daredevil di penghujung trailer. Sama ada Charlie Cox akan meneruskan peranannya dalam siri akan datang masih perlu dilihat.
Anda boleh tonton trailer terbaru She-Hulk: Attorney at Law dibawah:
Let’s do this. 💚💪
— Marvel Studios (@MarvelStudios) July 24, 2022
Watch the brand new trailer for #SheHulk: Attorney at Law, an Original series, streaming August 17 on @DisneyPlus. pic.twitter.com/yKwL5p4nxO
Black Panther: Wakanda Forever (11 November 2022)
Bintang Narcos: Mexico Tenoch Huerta disahkan membawa watak Namor the Submariner, yang akan menjadi antagonis utama untuk sekuel Black Panther. Peranan jahat Namor sudah dijangka kerana dalam versi komik, Atlantis dan Wakanda pernah berperang, dan ini juga permulaan untuk watak Namor sebelum menyertai adiwira Marvel.
Tonton trailer pertama Black Panther: Wakanda Forever dibawah:
Black Panther: Wakanda Forever sekali lagi diarahkan oleh Ryan Coogler daripada lakon layar yang dia tulis bersama dengan Joe Robert Cole. Ia akan menyaksikan kepulangan kebanyakan pelakon utama asal termasuk Lupita Nyong’o sebagai Nakia, Danai Gurira sebagai Okoye, Angela Bassett sebagai Ramonda, Martin Freeman sebagai Everett K. Ross, Letitia Wright sebagai Shuri, dan Winston Duke sebagai M’Baku .
FASA 5
Ant-Man and the Wasp: Quantumania (17 Februari 2023)
Pengarah Pembangunan Visual Marvel Studios Andy Park telah kongsikan konsep poster pertama Ant-Man and The Wasp: Quantumania, yang menampilkan dua watak utama berserta dua watak baharu yang memberi impak kepada perjalanan MCU di masa hadapan.
Dua watak baharu yang dilihat dalam poster tersebut adalah Kang the Conqueror lakonan Jonathan Majors dan Cassie Lang lakonan Kathryn Newton. Cassing Lang akan menggunakan nama Stature dalam filem tersebut.
1ST look at ANT-MAN AND THE WASP: QUANTUMANIA! Poster I illustrated for @MarvelStudios @Comic_Con Honored to work again w/ @MrPeytonReed #PaulRudd @EvangelineLilly & 1st time Cassie @kathrynnewton & KANG #JonathanMajors #antmanandthewaspquantumania #Quantumania #antmanwasp #kang pic.twitter.com/Mf8tL3wg6w
— Andy Park SDCC 4604 (@andyparkart) July 23, 2022
Salah satu pekara menarik semasa sesi panel di dewan H adalah pengumuman watak penjahat kegemaran peminat, MODOK dalam Ant-Man and The Wasp: Quantumania. Selain itu juga, eksklusif teaser trailer telah diperlihatkan kepada pengunjung, dan reaksi mereka sudah cukup mengujakan!.
Jonathan Majors says to expect a lot of “conquering” in Ant-Man, and Kevin Feige says there’s a very particular reason the film’s kicking off Phase 5 #SDCC #Marvel
— Total Film (@totalfilm) July 24, 2022
Just saw an in-room-only trailer for Ant-Man: Quantummania. Scott has written a book about saving the world. The family gives him crap. They then all get sucked into the Quantum Realm and Kang is there. “Have I killed you before?” he asks Scott. And MODOK was in it. #SDCC
— Germain Lussier (@GermainLussier) July 24, 2022
"There might have been a shot of MODOK," says Reed regarding the reel.
— Borys Kit (@Borys_Kit) July 24, 2022
A lot of Cassie Lang in that #Quantumania footage. We also see Bill Murray, MODOK, and of course, Jonathan Majors as Kang. #SDCC
— Noah V @ SDCC (@Noah_Villaverde) July 24, 2022
Ant-Man and The Wasp: Quantumania sekali lagi diarahkan oleh Peyton Reed, berdasarkan lakonlayar yang ditulis oleh Jeff Loveness (Rick and Morty). Filem terbaru MCU ini dijadualkan tayangan pada 28 Julai 2023.
Guardians of the Galaxy Vol. 3 (5 Mei 2023)
Sesi panel Marvel Studios turut memberikan perkembangan terbaru mengenai filem ketiga Guardians of the Galaxy berserta logo terbaru.
Just announced in Hall H:
— Marvel Studios (@MarvelStudios) July 24, 2022
Marvel Studios' Guardians of the Galaxy Vol. 3, in theaters May 5, 2023. #SDCC2022 pic.twitter.com/aTWVTPf9yc
Di samping pendedahan logo baharu untuk filem itu, diumumkan bahawa versi bayi Rocket akan berada dalam filem itu. Memandangkan filem ini akan menampilkan adegan ‘flashback’, telah dilaporkan bahawa ia akan melibatkan asal usul Rocket di samping tumpuan pada Star-Lord dan Gamora. Filem ini ditetapkan selepas peristiwa Avengers: Endgame.
Maria Bakalova telah disahkan menyuarakan Cosmo the Spacedog dalam Vol. 3, manakala disahkan memainkan peranan sebagai High Evolutionary. Iwuji muncul dalam sesi panel itu dengan pakaian penuh High Evolutionary untuk memberi gambaran wataknya kepada peminat.
Blade (3 November 2023)
Akhirnya, Marvel Studios mengumumkan tarikh tayangan filem yang dinantikan, Blade iaitu pada 3 November 2023.
Just announced in Hall H:
— Marvel Studios (@MarvelStudios) July 24, 2022
Marvel Studios' Blade, in theaters November 3, 2023. #SDCC2022 pic.twitter.com/EPEOPT8cH9
Watak utama Blade akan dimainkan oleh Mahershala Ali, yang suaranya dapat didengari dalam adegan pasca kredit Eternals, di mana dia bercakap dengan Dane Whitman lakonan Kit Harrington.
Untuk filem-filem dan rancangan MCU Fasa 5, tidak banyak maklumat diperolehi melainkan judul, logo terbaru berserta pengesahan rancangan dan tarikh tayangan. Berikut adalah senarai filem dan rancangan MCU Fasa 5 berserta tarikh tayangan:
Just announced in Hall H:
— Marvel Studios (@MarvelStudios) July 24, 2022
Marvel Studios' Secret Invasion, an Original series, streaming Spring 2023 on @DisneyPlus. #SDCC2022 pic.twitter.com/Werg7vGvlP
Semasa pembentangan Marvel Studios di Hall H, satu rakaman telah ditunjukkan kepada mereka yang hadir, dan menurut pengunjung, rakaman itu menunjukkan secara ringkas Nick Fury, lakonan Samuel L. Jackson, pulang dari angkasa dan bertemu dengan Maria Hill (Cobie Smulders), sebelum rakaman lain yang memaparkan pencerobohan yang berlaku ke atas Bumi disebabkan bangsa makhluk asing, Skrull.
Just announced in Hall H:
— Marvel Studios (@MarvelStudios) July 24, 2022
Marvel Studios' Echo, an Original series, streaming Summer 2023 on @DisneyPlus. #SDCC2022 pic.twitter.com/Wxq4yUdPnt
Just announced in Hall H:
— Marvel Studios (@MarvelStudios) July 24, 2022
Marvel Studios' Loki Season 2, an Original series, streaming Summer 2023 on @DisneyPlus. #SDCC2022 pic.twitter.com/6QhyrcBHp0
Just announced in Hall H:
— Marvel Studios (@MarvelStudios) July 24, 2022
Marvel Studios' Ironheart, an Original series, streaming Fall 2023 on @DisneyPlus. #SDCC2022 pic.twitter.com/4hZ8TXIijM
Just announced in Hall H:
— Marvel Studios (@MarvelStudios) July 24, 2022
Marvel Studios' Agatha: Coven of Chaos, an Original series, streaming Winter 2023 on @DisneyPlus. #SDCC2022 pic.twitter.com/0uLlhxtBF1
Just announced in Hall H:
— Marvel Studios (@MarvelStudios) July 24, 2022
Marvel Studios' Captain America: New World Order, in theaters May 3, 2024. #SDCC2022 pic.twitter.com/Azgc0WiVIR
Just announced in Hall H:
— Marvel Studios (@MarvelStudios) July 24, 2022
Marvel Studios' Daredevil: Born Again, an Original series starring Charlie Cox and Vincent D'Onofrio, streaming Spring 2024 on @DisneyPlus. #SDCC2022 pic.twitter.com/Nrt7xQmqfi
Daredevil: Born Again menjadi siri MCU Disney+ terpanjang setakat ini dengan Marvel Studios mendedahkan bahawa ia akan mengandungi 18 episod dan tersedia untuk di strim di Disney+ pada musim bunga 2024. Kedua-dua bintang utama dari siri asal Netflix, Charlie Cox dan Vincent D’Onofrio akan kembali meneruskan peranan mereka sebagai Matt Murdock/Daredevil dan Wilson Fisk/Kingpin.
Thunderbolts (26 Julai 2024)
Filem yang menghimpunkan barisan supervillain MCU ini akan menutup Fasa 5 MCU. Tidak banyak butiran lanjut diketahui, melainkan filem ini akan mengadaptasi secara langsung dari sumber asal komik Marvel Thunderbolts.
Penjahat berpotensi yang telah muncul dalam filem atau siri televisyen Marvel Cinematic Universe yang lalu dan mempunyai sejarah, mungkin berada dalam Thunderbolts. Ini termasuk Baron Zemo dan Taskmaster, yang kedua-duanya telah pun muncul dalam projek Marvel Cinematic Universe. Watak jahat lain yang berpotensi untuk tersenarai adalah Yelena Belova, Ghost, The Abomination, A.S. Agent dan Winter Soldier.
Just announced in Hall H:
— Marvel Studios (@MarvelStudios) July 24, 2022
Marvel Studios' Thunderbolts, in theaters July 26, 2024. #SDCC2022 pic.twitter.com/RbeUukAbdj
FASA 6
Selain memberi perkembangan terkini untuk filem-filem atau siri yang semakin hampir tarikh tayangannya, Marvel Studios mengumumkan pelan jangka panjang mereka dengan mengumumkan beberapa filem terbaru yang akan tersenarai dalam Fasa 6 MCU.
Reboot Fantastic Four akan membuka Fasa 6 MCU pada 8 November 2024. Kevin Feige juga mengesahkan bahawa, peminat akan mendapat dua filem Avengers dalam tahun yang sama iaitu, Avengers: The Kang Dynasty yang ditetapkan tarikh tayangan pada 2 Mei 2025 diikuti Avengers: Secret Wars pada 7 November 2025.
Walaupun kita tidak mengentaui butiran lanjut mengenai Fasa 6, filem-filem yang tersenarai setakat ini mungkin memberi gambaran lebih jelas tentang hala tuju MCU untuk Fasa baharu selepas Infinity Saga. Selepas 11 tahun kita melayari Infinity Saga, sudah tiba masanya untuk kita menyambut The Multiverse Saga pula!
Just announced in Hall H:
— Marvel Studios (@MarvelStudios) July 24, 2022
Marvel Studios' Fantastic Four, in theaters November 8, 2024. #SDCC2022 pic.twitter.com/K0MyKwdmXj
Just announced in Hall H:
— Marvel Studios (@MarvelStudios) July 24, 2022
Marvel Studios' Avengers: The Kang Dynasty, in theaters May 2, 2025. #SDCC2022 pic.twitter.com/kCxeyYwgN5
Just announced in Hall H:
— Marvel Studios (@MarvelStudios) July 24, 2022
Marvel Studios' Avengers: Secret Wars, in theaters November 7, 2025. #SDCC2022 pic.twitter.com/FXQ5ZbzQYl
Marvel Studios welcomes you to The Multiverse Saga. pic.twitter.com/HC1b747YPl
— Marvel Studios (@MarvelStudios) July 24, 2022