
Dua watak sidekick superhero Deadpool, Colossus dan Negasonic Teenage Warhead mengesahkan akan kembali dalam filem sekuel Deadpool akan datang.
Pengesahan tersebut dibuat selepas dua penulis filem berkenaanĀ Paul Wernick and Rhett Reese ditemubual dengan wartawan Collider mengenai masa depan dua watak superhero tersebut.
PW: “I canāt say how much they are⦔
RR: “I think we can say. Yeah, they’ll be in the sequel.”
PW: “Yeah, they’ll make at least an appearance.” –Ā Collider
Berita ini pasti mengembirakan kebanyakkan peminat filem Deadpool selepas melihat prestasi dan lakonan mereka dengan watak Deadpool terutamanya karakterĀ Negasonic yang sering menjadi bahan jenaka Deadpool
Cuma untuk sekuel kali ini, tidak dapat dipastikan samada kedua-duanya mendapat watak penting atau sekadar pelengkap kepada barisan pelakon sahaja.
Karakter Cable dijangka akan memainkan peranan penting dalam filem ini bersama-sama satu lagi watak baru iaitu Domino. Deadpool dan Cable dijangka akan menubuhkan pasukan ala X-Men yang dikenali sebagai X-Force dalam filem ini.
Cuma diharapkan Colossus dan Negasonic diberikan peranan yang lebih besar dalam filem kali ini memandangkan kedua-dua watak tersebut boleh dikatakan sangat kool dan kelakar dengan cara mereka yang tersendiri.