Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Colin Trevorrow Kembali Untuk Arahkan Jurassic World 3


Steven Spielberg telah mengesahkan kepada wartawan  Entertainment Weekly bahawa pengarah Colin Trevorrow akan kembali untuk mengarahkan filem ketiga Jurassic World. Trevorrow sebelum telah mengarahkan filem pertama Jurassic World pada tahun 2015 dan filem tersebut telah menjadi hit seluruh dunia.

Spielberg juga memberitahu, selain mengarah, Trevorrow turut akan menulis untuk filem ketiga itu nanti bersama-sama Emily Carmichael (Pacific Rim Uprising, The Black Hole)

“Colin Trevorrow is going write and direct the third ‘Jurassic World’ story,”  – Steven Spielberg

Steven Spielberg akan bertindak selaku penerbit eksekutif untuk Jurassic World 3 manakala Frank Marshall dan Pat Crowley akan menjadi penerbit.

Filem pertama Jurassic World arahan Colin Trevorrow telah mencipta kejutan apabila berjaya mengutip $1.67 billion seluruh dunia. Dijangkakan filem Jurassic World arahan J.A. Bayona yang akan menemui penonton pada 22 Jun turut mampu melepasi angka $1 billion dan meneruskan kejayaan filem pertama.



Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Jurassic World: Crossover Antara ‘Fast & Furious’ & ‘Bourne’, Pengarah Lebih Berminat Melihat Raptor Mengejar Jason Bourne

Kakimuvee

[VIDEO] Jurassic World: Dominion Kutip AS$56 Juta Pada Tayangan Awal, Klip Terbaru Dilancarkan

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

[VIDEO] Prolog ‘Jurassic World Dominion’ Membawa Peminat Kembali 65 Juta Tahun Yang Lalu

Kakimuvee