Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Colin Trevorrow Arahkan Filem ATLANTIS


Pengarah filem siri Jurassic World, Colin Trevorrow akan mengarahkan filem baharu mengenai Atlantis di bawah terbitan Universal Pictures.

Menerusi laporan AceShowbiz, Tevorrow bukan saja menggalas tanggungjawab sebagai pengarah, tapi juga sebagai penulis skrip.

Dia bakal dibantu Matt Charman yang sebelumnya menulis untuk filem Bridge of Spies dan Dante Harper, penulis Alien: Covenant.

Film ini akan mengisahkan legenda kerajaan Atlantis yang berada di bawah laut.

Ramai percaya bahawa kerajaan itu benar-benar wujud. Namun, ada pula pihak lain beranggapan ia hanya mitos.


Bagaimanapun, sudah banyak filem yang mengisahkan Atlantis diterbitkan antaranya, Undersea Kingdom, Atlantis the Lost Continent dan Atlantis: The Lost Empire.

Malah, filem Aquaman yang ditayangkan dua tahun lalu juga mengisahkan mengenai kerajaan Atlantis walaupun tidak menjadi fokus utama.

Trevorrow memulakan kerjaya dalam dunia perfileman pada awal 2000-an dengan mengarahkan filem pendek bertajuk Home Base pada 2000.

Sejak itu, dia mula aktif mengarah bermula dengan dokumenteri bertajuk Reality Show pada 2004, Safety Not Guaranteed (2012) sehingga ke siri filem Jurassic World (2015-2021).

Sumber: Harian Metro.


Related posts

Universal Bangunkan Filem Terbaru “American Pie”

Kakimuvee

Jurassic World: Crossover Antara ‘Fast & Furious’ & ‘Bourne’, Pengarah Lebih Berminat Melihat Raptor Mengejar Jason Bourne

Kakimuvee

Justin Lin Berundur Dari Kerusi Pengarahan “Fast X”

Kakimuvee

Universal Reboot Filem Bencana TWISTER

Kakimuvee

Tarikh Tayangan MINIONS: RISE OF GRU Ditunda Setahun

Kakimuvee

Universal Lancarkan Trailer Filem Seram “The Turning”

Kakimuvee