Berita

Colin Firth Bintangi Filem Adaptasi Zombie Brother, ‘New York Will Eat You Alive’

Views
Kingsman: The Secret Service (2014 UK) Directed by Matthew Vaughn Shown: Colin Firth

Pengarah filem slasher komedi The Final Girls, Todd Strauss-Schulson telah dipilih oleh STXFilms dan Tencent Pictures untuk hasilkan filem aksi komedi New York Will Eat You Alive. 

New York Will Eat You Alive diadaptasikan dari karakter yang dicipta oleh Jia Haibo dalam Zombie Brothers, salah satu judul popular di komik digital dan platform animasi Tencent. Bintang Kingsman, Colin Firth disahkan membintangi filem terbaru ini. 

Zombie Brother ditetapkan di City H, di mana bekalan air telah tercemar oleh keranda kuno dan orang yang meminum air tersebut akan berubah menjadi "Zombie Brothers", yang memakan orang lain untuk berkembang. Watak utamanya adalah Bai Xiaofei, budak lelaki biasa yang gemar bermain permainan komputer di rumah - Ia menceritakan kisah Bai yang keluar dari rumahnya untuk mencari teman wanitanya. 

Lakonlayar ditulis oleh Alex Rubens manakala Tencent Pictures dan STXFilms akan menerbitkan filem ini bersama-sama Channing Tatum, Reid Carolin dan Peter Kiernan dari Free Assiociation. 

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman

Tinggalkan Balasan

Add your own review

Rating

shares