Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Colin Farrell Sah Bawa Watak The Penguin Dalam Filem The Batman

Setelah hampir sebulan berunding, akhirnya pelakon Seven Psychopaths, Colin Farrell disahkan akan membawa peranan Oswald Cobblepot, aka The Penguin dalam filem superhero arahan Matt Reeves, The Batman. Pekara tersebut disahkan sendiri oleh Reeves menerusi laman Twitter miliknya.

Farrell akan menyertai Robert Pattinson yang memainkan peranan utama sebagai sebagai Bruce Wayne / Batman. Dia akan turut disertai Zoe Kravitz sebagai Selina Klye / Catwoman, Paul Dano sebagai The Riddler, Andy Serkis sebagai Alfred Pennyworth, John Turturro sebagai Carmine Falcone dan bintang Westworld, Jeffrey Wright sebagai Commissioner Gordon.  Peter Sarsgaard dan Jayme Lawson turut membintangi filem ini, bagaimanapun watak mereka masih lagi tidak didedahkan.

The Batman diarahkan Matt Reeves berdasarkan skrip yang ditulisnya bersama Mattson Tomlin. Warner Bros. dan DC telah menetapkan tarikh tayangan filem superhero mereka ini pada 25 Jun 2021.

Penggambaran The Batman telahpun bermula dan bertempat di Kota London.

Related posts

“THE BEATLES: GET BACK” To Debut Exclusively On Disney+ Hotstar

Isqandar

HBO MAX’S FEATURE FILM NO SUDDEN MOVE PREMIERES JULY 1 EXCLUSIVELY ON HBO GO

Kakimuvee

Bintang ‘Mortal Kombat’, Hiroyuki Sanada Sertai ‘John Wick 4’

Kakimuvee

Snake Eyes: Paramount Lancar Video Teaser Setiap Karakter

Kakimuvee

Amazon Prime Video Lancar Trailer Terakhir “The Tomorrow War”

Kakimuvee

James Gunn Sahkan Durasi The Suicide Squad

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating