Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Colin Farrell Beri Restu Pada Artemis Fowl Dalam Teaser Terbaru

Walt Disney Pictures telah melancarkan teaser terbaru filem Artemis Fowl yang menampilkan karakter Colin Farrell memberi restu kepada anaknya untuk memberi kekuatan untuk mempercayai takdirnya. Anda boleh saksikan teaser terbaru dipemain video dibawah.

Berdasarkan buku berjudul sama tulisan Eoin Colfer, Artemis Fowl merupakan sebuah filem fantasi yang berkisarkan tentang seorang kanak-kanak genius bernama Artemis Fowl,  waris kepada ‘masterminds’ penjenayah. Apabila ayahnya hilang secara misteri, Artemis telah menculik pegawai LEPrecon Holly Short sebagai tebusan. Kedua-dua mereka akhirnya bekerjasama menyelamatkan bapa Artemis Fowl dari Artik dan menewaskan pixie jahat Opal Koboi.

Ferdia Shaw memainkan peranan utama sebagai Artemis. dan dia turut disertai Colin Farrell sebagai ayah kepada Artemis, Lara McDonnell sebagai Captain Holly Short, Dame Judi Dench sebagai Commander Root dan Josh Gad sebagai Mulch Diggums.

Artemis Fowl akan ditayangkan dipawagam pada 28 Mei ini.

Related posts

Sony Lancar Trailer Pertama “Ghostbusters: Afterlife”

Kakimuvee

Teaser HOMETOWN CHA-CHA-CHA Goda Hubungan Romantik Mengasyikkan Dengan Pemandangan Tepi Pantai Yang Cantik

Zulaikha

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Trailer Terakhir “Snake Eyes: G.I. Joe Origins” Berikan Lebih Banyak Aksi & Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Leave a Comment