Berita

Colin Farrell & Andy Serkis Bakal Bawakan Watak Penting Dalam Filem The Batman!

The Batman bakal dibarisi para bintang!

Views

Filem The Batman arahan Matt Reeves terus hangat diperkatakan apabila dua pelakon terkenal Hollywood dikaitkan dengan watak penting dalam dunia Batman.

Pelakon dan pengarah Andy Serkis dikatakan sedang dalam rundingan dengan pihak studio untuk memainkan peranan sebagai pembantu Bruce Wayne,  Alfred Pennyworth manakala Colin Farrel turut sedang dalam perbincangan untuk bawakan watak musuh kepada Batman, iaitu ‘The Penguin’.

Jika rundingan kedua-dua pelakon tersebut itu berjaya, ia akan menambah barisan pelakon The Batman yang kini terdiri daripada Robert Pattinson sebagai Bruce Wayne / Batman, Zoe Kravitz sebagai Selina Klye / Catwoman, Paul Dano sebagai The Riddler dan bintang Westworld, Jeffrey Wright sebagai Commissioner Gordon.

Dua hari yang lalu, diberitakan juga bahawa Matthew McConaughey bakal membawa watak Harvey Dent a.k.a ‘Two Face’.

Matt Reeves akan bertindak selaku penulis dan pengarah. The Batman akan menemui penonton pada 25 Jun 2021

BACA:  Saksikan Amukkan Kaiju Dalam Trailer Pertama Godzilla: King of the Monsters

Tinggalkan Balasan

shares