Berita

Coco Tambah $30.7 Juta, Manakala Kutipan Justice League Cecah $481 Juta Seluruh Dunia

Views

Filem animasi Disney, Coco terus mencatat keuntungan apabila menambah $30.7 juta sehingga hujung minggu yang lalu dan menjadikan jumlah terkumpul kutipan filem berkenaan sebanyak $153.4 juta seluruh dunia. Mexico menjadi negara penyumbang terbesar kutipan tiket iaitu sebanyak $53.4 juta, dan China turut menyumbang sebanyak $18.2 juta. Coco telah menerima gred A+ CinemaScore dari para penonton yang telah menonton filem ini.

Coco diarahkan oleh Lee Unkrich manakala pelakon suara dibawakan oleh Anthony Gonzalez, Benjamin Bratt, Gael Garcia Bernal, Edward James Olmos, dan Alanna Ubach.

Sementara itu, walaupun dikritik teruk dari penonton dan pengkritik filem, ia tidak Justice League untuk terus mencatat kutipan yang memberangsangkan apa telah berjaya mengumpul sebanyak $481 juta dolar dari seluruh dunia. Justice League menambah $59.6 juta semasa minggu festival Thanksgiving manakala untuk pasaran antarabangsa, filem superhero DC berkenaan berjaya menambah $72.2 juta dolar, menjadikan kutipan untuk pasaran luar US sebanyak $309.8 juta.

China terus menjadi penyumbang kutipan filem berkenaan dengan kutipan sebanyak $83.1 juta, diikuti Brazil sebanyak $24.9 juta dan Mexico sebanyak $18.2 juta.

BACA:  HBO Docu-Series "I'll Be Gone In The Dark" Debuts 29 June Exclusively On HBO GO & HBO

Filem-filem lain juga turut menambah kutipan tiket mereka. Filem baru berjudul Wonder edaran Lionsgate dan dibintangi  Julia Roberts, Owen Wilson, Jacob Tremblay, Daveed Diggs, dan Noah Jupe telah mengumpul kutipan tiket seluruh dunia sebanyak $69.4 juta. Thor: Ragnarok arahan Taika Watiti terus mengukuhkan kutipan tiket filem ketiga Thor itu dengan menambah $35.3 juta dari seluruh dunia menjadikan jumlah kutipan tiket filem Marvel berkenaan sebanyak $790.1 juta.

Tinggalkan Balasan

shares