Berita

Coco Kuasai Carta Box Office US, Justice League Lepasi Kutipan $600 Juta

Views

Coco, Miguel Rivera Hector pixar animation

Filem animasi Coco terus menguasai carta Box Office US untuk 3 minggu berturut-turut apabila menambah $18.3 juta, menjadikan jumlah kutipan untuk pasaran domestik sebanyak $135.5 juta dolar. Manakala untuk pasaran antarabangsa, Coco menambah $55.3 juta dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak $254 juta (untuk pasaran antarabangsa). China menjadi negara penyumbang terbesar iaitu sebanyak $128 juta manakala Mexico menyumbang sebanyak $56.6 juta. Jumlah terkumpul filem Coco untuk pasaran global kini mencecah $390 juta.

Sementara itu, Justice League telah melepasi angka $600 juta kutipan tiket apabila menambah sebanyak $25 juta pasaran global dan menjadikan jumlah terkumpul Justice League mencecah  $613.4 juta. Jika prestasi kutipan tiket Justice League diteruskan, ia mampu mengatasi kutipan tiket Man of Steel sebanyak  $668 juta.

Filem Wonder yang baru ditayangkan di Malaysia telah menambah $8.5 juta pada minggu ketiga tayangan di US dan $11.4 juta untuk pasaran antarabangsa. Jumlah terkini filem yang dibintangi oleh  Julia Roberts, Owen Wilson, Jacob Tremblay, Daveed Diggs, dan Noah Jupe itu telah mencecah sebanyak $129.6 juta dolar.

Filem Superhero Marvel pula, Thor: Ragnarok terus menambah kantung kewangan Disney dan Marvel Studio dengan mengutip $9.4 juta dengan menjadikan jumlah terkumpul untuk filem ketiga Thor itu mencecah sebanyak $833.2 juta.

BACA:  Scott Pilgrim vs. The World Bakal Dihasilkan Dalam Bentuk Siri Animasi

Murder on the Orient Express telah menambah $25.2 juta seluruh dunia menjadikan jumlah terkumpul filem tersebut mencecah $274.7 juta manakala Daddy Home 2 pula telah mengumpul sebanyak $142.4 juta seluruh dunia sejak ditayangkan 5 minggu yang lalu.

Tinggalkan Balasan

shares