Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

Coast Guard: Demi Watak, Fauzi Nawawi Sanggup Bina Badan


Demi menjayakan wataknya dalam filem aksi Coast Guard, bintang filem Munafik 2 Fauzi Nawai sanggup membina badannya.

Namun usahanya itu mengalami sedikit masalah apabila beliau mengalami kecederaan otot. Bagaimanapun, pelakon tersebut menjelaskan kecederaan kaki kirinya tidak serius dan beransur pulih

“Cedera kecil sahaja, kaki kiri terseliuh. Tapi Alhamdulillah sekarang ini sudah dapat berjalan sikit-sikit. Saya hanya dapatkan rawatan urut tradisional sahaja,” 

Menurutnya lagi, kecederaan yang dialaminya tidak menjejaskan komitmen untuk menjaga badannya sebelum menjalani penggambaran akan datang.

Fauzi Nawawi bakal muncul dalam filem terbaru berjudul Coast Guard tidak lama lagi. Filem tersebut akan berkisarkan tentang pegawai Maritim Malaysia.


Selain Fauzi, Coast Guard akan turut dibintangi Emma Maembong, Julia Farhana, Saharul Ridzwan, Black dan Hazama.


Related posts

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee

WALID Angkat Isu Penculikan Kanak-Kanak, Sarat Dengan Aksi Seni Mempertahankan Diri Silat

Kakimuvee