Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

Clint & Kate Bishop Bertemu Dengan Bos Besar Dalam Trailer Musim Akhir ‘Hawkeye’

Susulan kejutan utama semasa episod kelima, Marvel Studios telah mendedahkan trailer untuk episod keenam dan terakhir siri MCU Disney+ Hawkeye yang akan datang, yang diarahkan oleh Rhys Thomas. Siri terhad itu dijadualkan untuk kembali pada Rabu hadapan, 22 Disember. 

Trailer finale Hawkeye, yang anda boleh lihat dibawah, terus menghangatkan keterujaan pemiant dengan ketibaan bos besar Tracksuit Mafia, yang tidak lain tidak bukan adalah Wilson Fisk atau Kingpin, yang sekali lagi dimainkan oleh Vincent D’Onofrio. Ia juga mengusik pertempuran akhir yang penuh aksi apabila Kate dan Clint, dalam pakaian baharu mereka, menentang Mafia, Echo dan Yelena.

D’Onofrio pertama kali memainkan watak penjahat itu dalam siri Marvel Netflix popular Daredevil yang keudara dari 2015 hingga 2018. 

Dalam Hawkeye, Jeremy Renner mengulangi peranan ikoniknya sebagai Clint Barton, dan memperkenalkan anak didik kegemaran peminat, Kate Bishop, yang dilakonkan oleh calon Oscar Hailee Steinfeld.

“Siri ini berlatarkan di New York City pasca-blip, di mana bekas Avenger Clint Barton aka Hawkeye mempunyai misi yang kelihatan mudah: kembali kepada keluarganya untuk Krismas. Tetapi apabila ancaman dari masa lalunya muncul, Hawkeye dengan berat hati bekerjasama dengan Kate Bishop, seorang pemanah mahir berusia 22 tahun dan peminat terbesarnya, untuk membongkar konspirasi jenayah.”

Hawkeye diketuai oleh ketua penulis Jonathan Igla, dengan Amber Finlayson & Katie Ellwood, aka Bert dan Bertie, dan Rhys Thomas berkhidmat sebagai pengarah.

Related posts

“Guardians of the Galaxy Vol. 3” Akan Menjadi Yang Terakhir Buat Pasukan Superhero Galaksi MCU

Kakimuvee

Poster Terbaru “The Batman” Mempamerkan Penguin dan Riddler

Kakimuvee

“Mortal Kombat 2” Kini Sedang Dibangunkan, Jeremy Slater Jadi Penulis

Kakimuvee

Dwayne Johnson Bangunkan Filem Adaptasi Permainan Video Terbaru

Kakimuvee

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee