Aktor prolifik, Christopher Waltz dilaporkan akan kembali membawakan wataknya sebagai Ernst Stavro Blofeld, dalam filem terbaru James Bond berjudul Bond 25. Berita ini didedahkan oleh kolumnis hiburan Baz Bamigboye. Ernst Stavro Blofeld merupakan ‘villain’ dalam filem James Bond Spectre yang diterbitkan pada 2015.
Exclusive:Hello Mr Waltz… we’ve been expecting you.#ChristophWaltz is back as #Blofeld in @007 #Bond25 , shooting scenes at Pinewood studios . When a visitor spotted him , Waltz insisted , “You haven’t seen me.” pic.twitter.com/g1X91cEJbf
— Baz Bamigboye (@BazBam) July 11, 2019
Filem kali menyaksikan, James Bond yang kini menjalani kehidupan yang tenteram di Jamaica selepas berhenti menjalankan tugas. Tetapi apabila rakan lamanya Felix Leiter dari CIA kembali untuk meminta pertolongan, dia terlibat dalam misi untuk menyelamatkan seorang saintis yang diculik. Ia sekaligus membawa dia menjejaki seorang penjenayah misteri yang memiliki teknologi baharu merbahaya.
Daniel Craig kembali membawakan wataknya sebagai James Bond bersama-sama beberapa pelakon filem sebelumnya, Ralph Fiennes, Naomie Harris, Ben Whishaw, Rory Kinnear dan Jeffrey Wright. Turut membintangi filem ini adalah Dali Benssalah, Billy Magnussen, Ana De Arma, David Dencik, Lashana Lynch, dan Rami Malek yang akan membawakan watak penjahat dalam filem ini.
Cary Joji Fukunaga mengarahkan filem ini berdasarkan skrip yang ditulis oleh Neal Purvis, Robert Wade, Scott Z. Burns dan Fukunaga sendiri. Bond 25 dijangka akan menemui penonton pada 9 April 2020.