Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Christopher Nolan Tidak Lagi Mahu Bekerjasama Dengan Warner Bros.


Pengarah terkenal Christopher Nolan dilaporkan tidak lagi berminat untuk berkolaborasi dengan studio Warner Bros.

Menurut Wall Street Journal, Nolan sangat kecewa dengan keputusan syarikat yang mengorbankan pengalaman menonton filem di pawagam wayang dengan menayangkan kesemua filem mereka tahun ini di platform streaming HBO Max. 

Jika Nolan benar-benar tidak mahu bekerjasama dengan Warner Bros., ini bermakna filem sci-fi Tenet menjadi projek terakhirnya bersama studio itu selepas 18 tahun berkolaborasi. 

Pengarah terkenal itu mula bekerjasama dengan Warner Bros. pada 2002 menerusi filem psikologikal thriller Insomia lakonan Al Pacino, Robin Williams dan Hilary Swank, diikuti trilogi The Dark Knight yang menampilkan Christian Bale sebagai Batman.

Antara karya terkenal Nolan bersama Warner Bros. adalah The Prestige (2006), Inception (2010), Interstellar (2014) dan Dunkirk (2017).



Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Todd Phillips Kongsikan Gambar Terbaru Joker 2 Yang Menampilkan Joaquin Phoenix

Kakimuvee

Christopher Nolan Antara Yang Dirisik Untuk Arahkan Filem Terbaru James Bond

Kakimuvee

Siri Reboot Harry Potter Akan Teroka Buku-Buku Asal Dengan Lebih Mendalam

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee