Berita

Christopher Nolan Tidak Lagi Berminat Hasilkan Filem-Filem Superhero

Views

Christopher Nolan yang terkenal kerana menghasilkan trilogi Dark Knight dilaporkan kini tidak berminat untuk hasilkan mana-mana filem superhero termasuklah karakter yang pernah diarahkannya iaitu Batman.

Bermula dari fiilem Batman Begins yang diarahkan olehnya serta menjadi salah seorang penulis untuk filem tersebut, filem berkenaan mendapat kritikan positif dari pengkritik filem serta diminati peminat-peminat filem. Kemudian, Nolan terus menghasilkan dua lagi filem Batman yang dianggap masterpiece oleh peminat-peminat iaitu The Dark Knight dan The Dark Knight Rise.

Walaupun kini filem-filem Superhero kini menjadi trend di Hollywood, Nolan menyatakan yang dirinya kini sudah tidak berminat untuk menghasilkan mana-mana filem Superhero termasuklah kembali untuk menyambung filem Batman yang pernah dihasilkannya. Dia baru-baru ini telah menonton filem arahan Patty Jenkins, Wonder Women dan meminati filem tersebut bagaimanapun berkata kini sudah tiba masa untuk orang lain menghasilkan filem seperti itu.

“I mean, I watch the films. I enjoy films very much as a moviegoer these days. I spent 10 years of my life dealing with one of the greatest characters in popular fiction. It was a great honor and a privilege to work with that, but there’s a time to pass it on to new people.”

Nolan kini lebih berminat untuk hasilkan filem-filem yang lebih bersifat "original" seperti Interstellar dan Inception termasuklah filem yang boleh memberikan kepuasan kepada dirinya seperti Dunkirk, genre filem yang ingin dihasilkan olehnya sejak memulakan kariernya sebagai pengarah.

Apapun jenis filem yang dihasilkannya, peminat filem adaptasi komik superhero pasti akan membandingkan filem-filem tersebut dengan trilogi yang pernah dihasilkannya.

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman

Tinggalkan Balasan

Add your own review

Rating

shares