Berita

Christopher Nolan Teruja Melihat Robert Pattinson Bawa Watak Batman

Views

Pembikin filem Christopher Nolan mengakui bahawa dia teruja untuk melihat lakonan Robert Pattinson sebagai Batman. 

Ketika ditemubual media Singapura CNA, Nolan mendedahkan bahawa ketika dia pertama kali mengentahui Pattinson akan mengambilalih peranan adiwira DC semasa masih menjalani penggambaran Tenet, tiada sebarang perbincangan dibuat mengenai topik Batman.

Bagaimanapun, apabila penggambaran Tenet hampir selesai, perbualan dan jenaka mula berlaku diantara mereka berdua. Nolan bercakap dengan Pattinson mengenai peranan dan aspek fizikalnya. Dia juga mengakui bahawa dia "gembira" Pattinson dipilih untuk memainkan peranan Batman dan dia yakin pelakon berusia 34 tahun itu akan melakukan yang terbaik.

“He certainly did not ask me for any advice. We kept a respectful silence around the issue 'til very near the end of the shoot. We said a couple of things and made a couple of jokes. We did have a little bit of a conversation about the various aspects of what he was going to be putting himself through. But I was thrilled that he was cast. I think that he’ll do an amazing job and I’m really excited to see what he does with that character.”

Nolan merupakan pengarah trilogi The Dark Knight yang mana trilogi tersebut mendapat pujian para pengkritik dan peminat. Pemilihan Pattinson yang mengantikan tempat Ben Affleck pada awalnya diragui peminat, namun selepas trailer pertama The Batman dipertontonkan kepada umum, ramai yang menyatakan tidak sabar untuk menyaksikan filem adiwira DC arahan Matt Reeves itu. 

The Batman dibarisi pelakon seperti Robert Pattinson yang memainkan peranan utama sebagai sebagai Bruce Wayne / Batman. Dia akan turut disertai Zoe Kravitz sebagai Selina Klye / Catwoman, Paul Dano sebagai The Riddler, Andy Serkis sebagai Alfred Pennyworth, John Turturro sebagai Carmine Falcone dan bintang Westworld, Jeffrey Wright sebagai Commissioner Gordon dan Collin Farrell sebagai Oswald Cobblepot, aka The Penguin. Peter Sarsgaard dan Jayme Lawson turut membintangi filem ini, sebagai Gotham D.A. Gil Colson dan Bella Reál.

Filem terbaru DC/Warner Bros. ini akan menemui penonton pada 1 Oktober 2021.

Filem terbaru Christopher Nolan, "Tenet" kini sedang ditayangkan dipawagam tempatan.

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman

Tinggalkan Balasan

Add your own review

Rating

shares