Christopher Nolan Menolak Arahkan Filem Bond 25

0
327
views

Selepas berjaya menyambung khidmat Daniel Craig sebagai aktor James Bond, teka teki dan spekulasi mula berlegar dikepala peminat franchise James Bond tentang siapakah yang bakal mengarahkan filem ke-25 James Bond itu.

Pengarah yang paling kuat dikaitkan dengan kerusi pengarahan filem tersebut adalah pengarah yang cukup kreatif dan terkenal dikalangan pengemar filem iaitu Christopher Nolan. Banyak peminat telah membayangkan hala tuju filem terbaru James Bond itu nanti sekirannya pengarah Trilogi Dark Knight itu dipilih.

Bagaimanapun Nolan terpaksa mengecewakan peminatnya apabila beliau menolak untuk mengarahkan filem Bond 25 dan merasakan mereka berjaya hasilkan filem Bond tanpa perlu bantuan darinya.

“I'd love to make a Bond film at some point and I think those producers – Barbara and Michael – they do a tremendous job and Sam Mendes has done a terrific job the last couple of films, so they don't particularly need me”.

Nolan sebelum ini pernah memberitahu kepada media bahawa beliau berminat untuk mengarahkan Bond sekirannya franchise tersebut dihasilkan semula (reboot).

Bond 25 akan memulakan produksi tidak lama lagi dengan Daniel Craig akan kembali membawakan watak James Bond buat kali terakhir. Filem ini dijangka akan menemui penonton pada November 2019

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here