Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Christopher Nolan Bakal Arahkan Filem Bond Ke-25?


Spekulasi dan berita-berita terbaru mengenai filem James Bond ke-25 semakin hangat, setelah mengumumkan Daniel Craig bakal kembali menjadi Bond untuk filem terbaru ini nanti, kini difahamkan 5 studio sedang berebut hak untuk mendapatkan hak penyebaran filem yang bakal memberi keuntungan besar kepada mereka.

Perkembangan terbaru kini, studio Warner Bros. dikatakan semakin hampir untuk mendapat hak penyebaran filem Bond akan datang. Ini disebabkan sebuah syarikat produksi, Syncopy Production House disenaraikan sebagai salah sebuah produksi filem James Bond akan datang bersama-sama Eon Productions. (Note: syarikat produksi tersebut mempunyai perjanjian kerjasama diantara mereka dan Warner Bros.). Ini disahkan dilaman IMDbPro dan laman peminat rasmi James Bond. Jika Syncopy selaku penerbit filem James Bond, secara tidak langsung Warner Bros. berpeluang untuk menjadi studio yang bakal hak penyebaran filem.

Menurut laman web Screenrant, Syncopy Production House akan menguruskan pembikinan filem berkenaan, dan syarikat tersebut dimiliki oleh Christopher Nolan dan Emma Thomas. Hmm.. mungkinkah Christopher Nolan bakal menjadi pengarah filem James Bond, atau menjadi penerbit sekurang-kurangnya?

Nolan pernah menyatakan hasrat untuk mengarahkan filem James Bond dan kini syarikatnya terlibat dengan pembikinan filem Bond terbaru, mungkinkah ini peluang beliau untuk merealisasikan impiannya ataupun menyerahkan kepada orang lain dan dia berada dibelakang tabir menguruskan pembikinan filem dari franchise paling popular ini.

Kepada peminat James Bond dan Nolan khususnya, mahukan anda melihat Christopher Nolan mengarahkan filem terbaru James Bond nanti?


Related posts

Christopher Nolan Antara Yang Dirisik Untuk Arahkan Filem Terbaru James Bond

Kakimuvee

Review Filem: Oppenheimer (2023)

Kakimuvee

Gabungan Barbie & Oppenheimer Meletupkan Box Office Global Pada Minggu Pembukaan

Kakimuvee

Nolat Meminati ‘Fast & Furious’, Tidak Pernah Merendahkan Filem Dari Pengarah Lain

Kakimuvee

Tonton 5 Minit Pertama ‘Oppenheimer’

Kakimuvee

[VIDEO] ‘Oppenheimer’ Sifar CGI Menurut Christopher Nolan

Kakimuvee