Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Christopher McQuarrie Goda Aksi Stunt Yang Cukup Gila Dalam Gambar BTS Mission Impossible 7

Penggambaran filem Mission: Impossible 7 kembali bersambung selepas terhenti akibat pandemik COVID-19. 

Sehubungan dengan itu, pengarah Christopher McQuarrie telah kongsikan gambar belakang tabir di laman Instagram, memaparkan sebuah trek yang dibina di pengunungan, menggoda aksi stunt yang cukup gila untuk filem ini. Kapsyen gambar “Action… #MI7 Day I”, menandakan hari pertama penggambaran selepas lama berehat. 


Trek itu kelihatan berakhir di tanjakan ke atas yang menunjuk ke arah gunung yang jauh. Mungkin ia belum siap sepenuhnya, tetapi mengentahui Cruise sering melakukan stunt dalam filem sebelumnya, jadi tidak ada yang mustahil.

https://www.instagram.com/p/CEzSnUzjFAx/?igshid=1okgd49yfv5i1

Mission: Impossible 7 dibintangi Tom Cruise sebagai watak utama Ethan Hunt, serta beberapa pelakon lain seperti Rebecca Ferguson, Hayley Atwell, Simon Pegg, Ving Rhames, Henry Czerny, Shea Whigham, Pom Klementieff dan Esai Morales sebagai antagonis utama, menggantikan tempat Nicolas Hoult yang terpaksa berundur dari projek Mission: Impossible 7 disebabkan masalah jadual.

Paramount Pictures telah menetapkan tarikh tayangan dua filem terbaru Mission: Impossible iaitu pada  19 November 2021 dan 4 November 2022.

Related posts

Gambar Terbaru “Ms. Marvel” Goda Kuasa Yang Dimiliki Kamala

Kakimuvee

Barisan Penulis “Doctor Strange 2” Pernah Bincangkan ‘Cameo’ Deadpool

Kakimuvee

Liam Neeson Masih Berbisa Dalam “Memory”, Kini Ditayangkan Di Pawagam

Kakimuvee

Trailer Resident Evil: Kejahatan Telah Berkembang Dalam Siri Seram Terbaru Netflix

Kakimuvee

Christopher Walken Sertai “Dune: Part 2”, Akan Bawa Watak Emperor Shaddam IV

Kakimuvee

CrunchyRoll Umum Tarikh Tayangan Global Untuk Filem Anime “Dragon Ball Super: Super Hero”

Kakimuvee

Leave a Comment