Christopher McQuarrie Bakal Arahkan 2 Lagi Filem Mission: Impossible

79
views

Selepas mengarahkan filem Mission: Impossible – Fallout yang diterbitkan pada tahun lepas,pengarah Christopher McQuarrie dilaporkan bakal mengarahkan dua lagi filem Mission Impossible. 

Menurut laporan dari laman hiburan Variety, Christopher McQuarrie kini dalam perbincangan terakhir bersama studio Paramount. Selain itu juga, kedua-dua filem itu dilaporkan bakal ditayang pada 2021 dan 2022. Pelakon utamanya, Tom Cruise dijangka akan kembali membawakan watak utama bersama-sama  Ving Rhames, Simon Pegg, dan Rebecca Ferguson.

McQuarrie dan Tom Cruise seringkali bekerjasama dalam beberapa filem antaranya Valkyrie dan Jack Richer serta turut terlibat sebagai penulis skrip untuk filem-filem lakonan Cruise seperti Edge of Tomorrow, The Mummy, dan filem akan datang, Top Gun: Maverick.

Christopher McQuarrie merupakan satu-satunya pengarah yang mengarahkan filem Mission: Impossible lebih daripada satu. Brian De Palma, John Woo, J. J. Abrams, dan Brad Bird hanya mengarahkan satu filem sahaja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here