Berita

Christopher Landon Kembali Menulis Skrip Filem Terbaru PARANORMAL ACTIVITY

Views

'Orang kuat' Blumhouse Productions yang juga pengarah Happy Death Day 2U, Christoper Landon dilaporkan akan kembali menulis skrip untuk filem ketujuh Paranormal Activity, lapor portal JoBlo.

Pekara tersebut didedahkan Jason Blum ketika ditemubual podcast The Evolution of Horror. Dalam temubual itu juga, Blum turut memberitahu bahawa filem ketujuh nanti tidak akan bertajuk Paranormal Activity 7.

Sebelum mencipta francais time-loop Happy Death Day, Landon telah menulis untuk francais Paranormal dimana dia menulis untuk filem kedua, ketiga dan keempat berserta filem spin off berjudul The Marked Ones yang diterbitkan pada 2014.

Sejak kejayaan filem pertama, empat buah sekuel telah dihasilkan termasuklah satu filem 3D berjudul Paranormal Activity: The Ghost Dimension yang diterbitkan pada 2015. Francais Paranormal Activity merangkumi 6 buah filem dan telah berjaya mengumpul $890 juta dolar seluruh dunia, kejayaan yang begitu besar buat filem yang dihasilkan dengan modal yang sedikit.

Filem ketujuh Paranormal Activity ini akan ditayangkan pada 19 Mac 2021.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks