Berita

Christoph Waltz Mahu Sekuel ALITA: BATTLE ANGEL Dihasilkan

Views

Meskipun mendapat kritikan bercampur-campur, filem Alita: Battle Angel masih mampu mendapat tempat dihati peminat dan mendapat kutipan lebih $404 juta dolar dipasaran antarabangsa berbanding modal pembikinan sebanyak $170 juta dolar.

Namun begitu, pencapaian komersial yang cukup baik masih belum menjamin Alita: Battle Angel untuk dihasilkan sekuel. Para peminat dan penerbit sebelum ini telah mendesak pihak studio untuk meneruskan sekuel, dan terbaru, salah seorang bintang filem tersebut, Christoph Waltz turut menyertai mereka – mahu filem ‘live action’ itu dihasilkan filem sambungan.

Dalam temubual dengan Collider baru-baru ini, Waltz ditanya penggemar fanatik Alita berkenaan kemungkinan untuk dia kembali untuk sekuel, dan aktor tersebut menjawab “Sudah tentu!” dan menyatakan bahawa dia mahu membawa peranan lebih dari sekadar menjadi ‘seorang bapa’.

But, you know, I’m as wise as you are,”

I haven’t heard anything and I’m a little disappointed and surprised that I haven’t heard a thing so far, because I know that it has followers. I know that people liked it and aside from what others said, I loved it and I liked working on it and I liked the result. You know, it was Fox and Fox doesn’t exist anymore. Now it’s Disney. Maybe it doesn’t fit into the Disneyfication, but I have no clue. I have no clue. Maybe they’re working on something and I wouldn’t be the first person to hear, but meanwhile, I haven’t heard anything.

BACA:  THE FLASH: Warner Bros. Mungkin Membawa Christian Bale Kembali Sebagai Batman Sekiranya Rundingan Dengan Michael Keaton Gagal

Perancangan filem kedua Alita: Battle Angel bergantung sepenuhnya pada Disney yang memiliki 20th Century Studios. Setakat ini tidak perancangan mengenai sekuel.

Jadi kepada peminat yang meminat Alita, adakah anda mahu filem ini dihasilkan sekuel? kongsikan pendapat anda.

Tinggalkan Balasan

shares