Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Christina Hodson & Margot Robbie Kembali Bekerjasama Dalam Filem Terbaru Pirates Of The Caribbean

Penulis lakonlayar dan pelakon Birds of Prey, Christina Hodson dan Margot Robbie kembali bekerjasama dalam filem terbaru Pirates of the Caribbean, lapor The Hollywood Reporter.

Butiran plot masih lagi tidak didedahkan memandangkan filem tersebut masih diperingkat awal.

Menurut sumber, filem terbaru ini bukanlah spin off kepada francais Pirates of the Caribbean yang diterajui karakter Jack Sparrow, sebaliknya ia akan memaparkan jalan cerita dan karakter yang baru, diilhamkan dari permainan Disneyland Pirates of the Caribbean. 

Ini bermakna, filem lakonan Margot Robbie ini tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan filem keenam francais Pirates of the Caribbean yang kini sedang dirancang pencipta Chernobyl, Craig Mazin dan Ted Elliott.

Sebelum ini, terdapat khabar angin yang mengatakan pihak studio merancang sebuah filem reboot yang akan diterajui Karen Gillan, Daisy Ridley dan Emma Watson.

Jerry Bruckheimer yang telah terlibat dengan francais Pirates of the Caribbean sejak 2003 akan bertindak selaku penerbit, manakala Christina Hodson akan menulis lakonlayar untuk filem yang diterajui Margot Robbie ini.

Related posts

Tonton Klip Terbaru Red Notice Yang Sarat Dengan Aksi

Kakimuvee

Trailer Army of Thieves Papar Kisah Silam Ludwig Dieter Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

TUDUM: Ultraman Musim Ke-2 Dapat Poster Teaser Dari Netflix Menjelang Pelancarannya Pada Tahun Hadapn

Kakimuvee

TUDUM: Saksikan Klip Pembukaan ‘Cowboy Bepop’ Yang Sangat Klasik

Kakimuvee

TUDUM: Teaser Extraction 2 Tunjuk Nasib Chris Hemsworth Sebagai Tyler Rake

Kakimuvee

Chris Pratt Bintangi Filem Super Mario Bros.

Kakimuvee

Leave a Comment