Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Christian Bale Botakkan Kepala Demi Wataknya Dalam Filem “Thor: Love & Thunder”

Christian Bale merupakan salah seorang aktor yang sanggup ‘mengubah’ fizikal badannya demi menjayakan watak. Transformasinya yang paling popular adalah dalam filem The Machinist (2004) dimana dia telah mengurangkan berat badannya sebanyak 30 kilogram. Terbaru, pelakon trilogi The Dark Knight sanggup membotakkan kepalanya semata-mata mahu menjayakan peranan Gorr the Bucther, antagonis utama dalam filem terbaru Marvel Studios, Thor: Love and Thunder. 

Penampilan terbaru Bale telah tersebar di media sosial, dimana dia telah dilihat berada di lokasi penggambaran filem keempat Thor itu di Australia. Anda boleh lihat foto terbaru Christian Bale dibawah. 

“Thor: Love and Thunder” diarahkan Taika Waititi (Jojo Rabbit)  yang turut menulis lakonlayar bersama Jennifer Kaytin Robinson (Someone Great). Filem terbaru MCU itu merupakan kesinambungan “Thor: Ragnarok” (2017), dan ditetapkan selepas peristiwa “Avengers: Endgame”.

Pemenang Oscar Natalie Portman kembali meneruskan peranannya sebagai Jane Foster, dan kini mampu mengangkat Mjolnir. Chris Hemsworth dan Tessa Thompson kembali meneruskan peranan mereka sebagai Thor dan Valkyrie, dan mereka berdua disertai pemenang anugerah Academy, Christian Bale (trilogi The Dark Knight) sebagai antagonis utama ‘Gorr the Bucther’.

Jaimie Alexandar turut kembali sebagai Sif, manakala ahli ‘Guardians of the Galaxy’ turut terlibat dalam filem keempat Thor. Christ Pratt akan memainkan peranan sebagai Peter Quill, Karen Gillan sebagai Nebula, Sean Gunn sebagai Kraglin dan Vin Diesel akan membuat penampilan sebagai Groot.

Jalan cerita Thor wanita berdasarkan pada plot komik “The Mighty Thor” karya Jason Aaron di mana Jane Foster yang menghidapi barah mengambil alih mantle dan kekuatan Thor. Thor dan Valkyrie terakhir kali dilihat dalam filem terlaris sepanjang zaman “Avengers: Endgame”, dengan Dewa Petir memberikan tanggungjawabnya sebagai Raja Asgard kepada Valkyrie ketika dia bergabung dengan Guardians of the Galaxy dalam misi mereka yang seterusnya.

Thor: Love and Thunder” akan ditayangkan di pawagam pada 6 Mei 2022.

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Leave a Comment