Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Chris Pratt Samakan JURASSIC WORLD 3 Seperti Avengers: Endgame

Filem terbaru Jurassic World 3 bakal menyaksikan beberapa muka lama trilogi Jurassic World kembali meneruskan karakter masing-masing, dan ianya turut melibatkan beberapa pelakon asal francais Jurassic Park seperti Sam Neill, Laura Dern dan Jeff Goldblum.

Kembalinya beberapa karakter lama dalam filem akan datang telah membuatkan Chris Pratt menyamakan Jurassic World 3 dengan filem Avengers: Endgame.


“Saya tidak dibenarkan mengatakan apa-apa … Ada semua orang,” ujar pelakon tersebut ketika muncul dalam rancangan The Ellen DeGeneres Show baru-baru ini.

“Ada banyak orang di dalamnya. Semua pelakon asal dari Jurassic Park akan kembali. Ia seperti Marvel membawa segala-galannya untuk filem Endgame”

Selain itu juga, Chris Pratt turut mendedahkan tarikh penggambaran dan kongsikan keterujaan berlakon dalam filem ketiga Jurassic World.

“Saya akan bergerak esok dan saya akan berlakon untuk masa yang lama. Skripnya sangat menakjubkan. Colin Trevorrow, yang menulis dan mengarahkan Jurassic World kembali untuk melakukan perkara ini. Saya tidak boleh tunggu … Saya akan menjalani penggambaran sehingga Julai. Ia adalah yang terbesar, hampir 100 hari penggambaran”

Colin Trevorrow kembali mengarahkan trekuel dan turut bertindak selaku penerbit eksekutif bersama-sama Steven Spielberg. Skrip filem ditulis oleh Trevorrow bersama-sama Emily Carmichael.

Filem akan datang turut dibarisi pelakon seperti Bryce Dallas Howard, Jake Johnson, Omar Sy Daniella Pineda, Justice Smith serta pelakon asal Jurassic Park iaitu Laura Dern, Sam Neill, dan Jeff Goldblum.

Jurassic World 3 akan menemui penonton 11 Jun 2021.

Related posts

Samuel L. Jackson Bergandingan Dengan Chris Pratt Dalam Filem Animasi Terbaru “Garfield”

Kakimuvee

Kutipan Terkumpul “Doctor Strange 2” Kini Melebihi AS$800 Juta

Kakimuvee

Warner Bros. Umum Tarikh Tayangan “Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore” Di HBO Max

Kakimuvee

Trailer Pertama “Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One” Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer & Poster Terbaru “Thor: Love and Thunder” Soroti Penjahat Gorr the God Butcher

Kakimuvee

Astro Shaw Dapat Lesen Hak Cipta Untuk Hasilkan Filem Aksi Langsung “Keluang Man”

Kakimuvee

Leave a Comment