Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

Chris Pratt Memerangi Penjajahan Makhluk Asing Dalam Trailer “The Tomorrow War”


Amazon telah melancarkan trailer The Tomorrow War, yang menunjukkan sisi serius Chris Pratt dalam perjuangannya memerangi pencerobohan makhluk asing. Trailer ini memberi gambaran hebat mengenai apa yang diharapkan penonton dalam filem akan datang. The Tomorrow War akan memulakan tayangnya pada 2 Julai di Amazon Prime Video.

Dalam The Tomorrow War, dunia dikejutkan dengan kedatangan sekelompok penggembara masa tiba dari tahun 2051 untuk menyampaikan pesanan terdesak: “Tiga puluh tahun di masa depan, umat manusia kalah dalam perang global terhadap spesies asing yang sangat menakutkan”.

Satu-satunya harapan untuk bertahan adalah membawa tentera dan orang awam dari masa kini pergi ke masa hadapan dan menyertai pertempuran. Di antara mereka yang direkrut adalah guru sekolah menengah dan ketua keluarga Dan Forester. Bertekad untuk menyelamatkan dunia untuk anak perempuannya yang masih muda, Dan bekerjasama dengan seorang saintis yang cemerlang dan ayahnya dalam usaha terdesak untuk mengubah semula nasib planet ini.

Menyertai Chris Pratt sebagai Dan Forester adalah J.K. Simmons (Whiplash), Yvonne Strahovski (The Handmaid’s Tale), dan Betty Gilpin (G.LO.W.). Projek ini menandakan kerjasama terbaru Pratt dengan Amazons kerana dia kini sedang dalam produksi untuk adaptasi siri drama thriller Amazon Prime Video yang akan datang, The Terminal List.

Filem ini turut menampilkan Sam Richardson, Theo Von, Jasmine Matthews, Keith Powers, Mary Lynn Rajskub, Edwin Hodge, Mike Mitchell, Seychelle Gabriel, Alan Trong, Chibuikem Uche dan Alexis Louder.


The Tomorrow War diarahkan oleh Chris McKay (Robot ChickenThe Lego Batman Movie) berdasarkan skrip yang ditulis oleh Zach Dean (Deadfall24 Hours to Live). Filem ini sepatutnya untuk tayangan pawagam, tetapi telah ditunda beberapa kali disebabkan pandemik. Amazon telah mendapatkan hak pengedaran dari Paramount Pictures.


Related posts

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee

THE EXORCIST: BELIEVER Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 5 Oktober Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Squid Game: The Challenge Akan Tiba Di Netflix Pada 22 November Ini

Kakimuvee