Berita

Chris Pratt Dilaporkan Sertai 'Thor: Love and Thunder!'

Views

Di penghujung filem Avengers: Endgame, kita dapat melihat hero kesayangan Thor menuju ke angkasa bersama Guardians of the Galaxy, dan kini The Hollywood Reporter mendedahkan bahawa ketua Guardians, Chris Pratt akan pergi Australia untuk terlibat dalam penggambaran filem yang dinantikan, Thor: Love and Thunder!

Pratt akan sertai penggambaran filem keempat Thor pada Januari tahun hadapan. Walaubagaimanapun, sejauh mana penglibatannya dalam filem akan datang masih belum diketahui.

Dalam filem Avengers: Endgame yang lalu, Thor melepaskan takhtanya sebagai Raja Asgard kepada Valkyrie kerana ingin menyertai Guardians of the Galaxy menjalankan misi di angkasa. Menurut Vin Diesel, ahli kumpulan Guardians akan membuat kemunculan dalam filem keempat Thor

Thor: Love and Thunder menyaksikan Taika Waititi kembali menjadi pengarah. Filem kali ini akan menyambung sekuel Thor: Ragnarok dan ditetapkan selepas Avengers: Endgame. Natalie Portman kembali memainkan peranannya sebagai Jane Foster, dimana dia akan menjadi Thor, The Goddess of Thunder. Chris Hemsworth, Tessa Thompson seperti biasa akan meneruskan watak mereka sebagai Thor dan Valkyrie.

Thor: Love and Thunder akan ditayangkan pada 25 Mac 2022.

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman

Tinggalkan Balasan

Add your own review

Rating

shares