Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Chris Pratt Dedahkan, Guardians of the Galaxy Vol. 3 Akan Berlaku Pada Masa Lampau

Dalam filem Avengers: Infinity War yang lalu, penonton menyaksikan banyak adiwira telah menjadi korban penjahat Thanos. Antaranya termasuklah ahli-ahli Guardians of the Galaxy dimana hanya Rocket Raccoon sahaja yang terselamat.

Bagaimanapun, perkembangan demi perkembangan mengenai filem ketiga Guardians of the Galaxy Vol. 3 sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada para peminat filem Marvel khususnya ‘tim’ Guardians of the Galaxy bahawa karakter kegemaraan mereka mungkin akan dihidupkan dalam filem sambungan Infinity War iaitu Avengers 4. 


Ini memandangkan kesemua pelakon utama Guardians of the Galaxy dilaporkan akan kembali dalam filem ketiga itu termasuklah Zoe Saldana yang membawakan watak Gamora.

Bagaimanapun, pendedahan terbaru dari salah seorang pelakonnya bakal membuatkan peminat terfikir kembali bahawa kematian anggota Guardians of the Galaxy dalam filem Infinity War adalah kekal.

Semasa ditemuramah dalam majlis karpet merah Anugerah MTV baru-baru ini, Chris Pratt mendedahkan filem Guardians of the Galaxy akan diset dimasa lampau, bukannya selepas ‘event Infinity War’. 

“You don’t know,” “It might take place in the past. It might be a prequel.”

Berdasarkan kenyataan pelakon tersebut, filem Guardians of the Galaxy Vol. 3 akan bertempat sebelum berlakunya ‘event’ Infinity War. Malah sebelum ini, pengarah Anthony Russo pernah memberitahu kepada wartawan bahawa jarak masa diantara Guardians of the Galaxy Vol. 2 dan Infinity War adalah 4 tahun – banyak yang boleh diceritakan tentang anggota Guardians of the Galaxy dalam filem ketiga nanti.

Jika ‘hint’ yang diberikan oleh Chris Pratt benar, kemungkinan besar filem ketiga Guardians of the Galaxy adalah filem terakhir kumpulan adiwira tersebut sebelum kumpulan tersebut digantikan dengan ahli yang baru.

Apapun kita nantikan filem Guardians of the Galaxy Vol. 3 yang bakal ditayangkan kepada penonton pada tahun 2020.

Related posts

Temuera Morrison Teruja Dapat Muncul Dalam Siri “Obi-Wan Kenobi”

Kakimuvee

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Steve Carell Kembali Ke “The Office” Sebagai Gru Dalam Promo Terbaru “Minions: The Rise of Gru”

Kakimuvee

Membahayakan Kanak-Kanak Antara Tuduhan Terbaru Yang Dilemparkan Terhadap Ezra Miller

Kakimuvee

#RompakDaebak: Anda Telah Direkrut Untuk Rompakan Wang di Kawasan Ekonomi Bersama di KL

Kakimuvee

Leave a Comment