Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Chris Pratt Bintangi Filem Super Mario Bros.


Nintendo dan Illumination telah mengumumkan barisan pelakon filem dan tarikh tayangan filem terbaru Super Mario Bros. Ketika sesi ‘liveasteam’ Nintendo Direct pada hari ini, Nintendo telah mendedahkan tarikh pelepasan filem akan datang, iaitu pada 21 Disember 202, di Amerika Utara dan mempunyai tarikh pelancaran 2022 di seluruh dunia. 

Bintang Guardians of the Galaxy, Chris Pratt akan membawa suara Mario dalam peranan utama. Menyertai Pratt adalah Charlie Day sebagai Luigi, Anya Taylor-Joy sebagai Princess Peach, Jack Black sebagai Bowser, Keegan-Michael Key sebagai Toad, Seth Rogen sebagai Donkey Kong, Kevin Michael Richardson sebagai Kamek, Fred Armisen sebagai Cranky Kong, dan Sebastian Maniscalco sebagai Spike.

Pelakon suara asal Mario, Charles Martinet, turut terlibat dan akan “membuat kemunculan istimewa dalam filem ini.”

Pencipta Mario, Shigeru Miyamoto, akan menjadi penerbit bersama wakil Illumination, Chris Meledandri.


Related posts

Nintendo Lancar Trailer “The Super Mario Bros. Movie” Lakonan Chris Pratt

Kakimuvee

Filem Animasi “Super Mario Bros.” Lakonan Chris Pratt Dapat Poster Berwarna-Warni

Kakimuvee

Chris Pratt Kata “Guardians of the Galaxy Vol. 3” Adalah ‘Masterpiece’

Kakimuvee

Penerbit “Super Mario” Puji Prestasi Chris Pratt

Kakimuvee

Jangan Main-Main Dengan Chris Pratt Dalam Trailer “The Terminal List”

Kakimuvee

Samuel L. Jackson Bergandingan Dengan Chris Pratt Dalam Filem Animasi Terbaru “Garfield”

Kakimuvee