Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Chris Hemsworth Sahkan “Thor: Love and Thunder” Bukan Penampilan Terakhirnya Dalam MCU


Berikutan persaraan Robert Downey Jr. dan Chris Evans dalam MCU selepas filem Avengers: Endgame, ramai peminat berspekulasi bahawa empat lagi ahli asal Avengers akan turut mengikut jejak langkah Downey dan Evans, terutamanya selepas projek solo akan datang bakal memperkenalkan karakter baru yang akan mengambil alih persona watak adiwira sebelumnya. 

Walaupun watak lakonan Scarlett Johnsson, Black Widow telah mati dalam Endgame, peminat masih tertanya-tanya adakah filem solonya itu akan menjadi tugasan terakhir sebagai Natasha Romanoff

Sementara itu, semasa wawancara bersama dengan Elle Man baru-baru ini, Chris Hemsworth akhirnya bersuara mengenai masa depannya dalam MCU. Ia berikutan terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa dia akan bersara selepas filem Thor: Love and Thunder. 

Pelakon berusia 37 itu menafikan khabar angin tersebut, dan menyatakan kesediannya untuk terus memainkan peranan God of Thunder itu.

“Adakah awak gila?! Saya tidak akan memasuki tempoh persaraan (ketawa). Thor terlalu muda untuk itu. Saya baru berusia 1500 tahun! Ini jelas bukan filem yang saya ucapkan selamat tinggal kepada peminat. Paling tidak saya harap begitu,”


Dalam wawancara itu juga, Hemsworth turut kongsikan keterujaannya selepas membaca skrip filem Thor: Love and Thunder arahan Taika Waititi.

Selepas membaca skrip, saya dapat mengatakan bahawa saya sangat teruja. Pasti akan ada banyak cinta dan kilat dalam produksi ini (ketawa). Saya gembira kerana setelah semua yang berlaku di Avengers: Endgame, saya masih menjadi sebahagian daripada Marvel Universe dan kita dapat meneruskan kisah Thor. Sudah tentu, saya tidak dapat memberitahu anda apa-apa tentang plot, tetapi untuk memuaskan rasa ingin tahu anda, saya akan mengatakan bahawa saya lebih senang membaca skrip daripada di Thor Ragnarok, dan itu membuktikan sesuatu, kerana filem ini sangat bagus. “

Thor: Love and Thunder menyaksikan Taika Waititi kembali menjadi pengarah. Filem kali ini akan menyambung sekuel Thor: Ragnarok dan ditetapkan selepas Avengers: Endgame. Natalie Portman kembali memainkan peranannya sebagai Jane Foster, dimana dia akan menjadi Thor, The Goddess of Thunder. Chris Hemsworth, Tessa Thompson seperti biasa akan meneruskan watak mereka sebagai Thor dan Valkyrie.


Related posts

The Marvels Perlu Kutip Lebih AS$400 Juta Untuk Catat Keuntungan

Kakimuvee

Deadpool 3 Akan Lebih Berani & Sangat ‘R-Rated’

Kakimuvee

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee

Kos Pembikinan Musim 2 Loki Mencecah AS$141.3 juta

Kakimuvee

Trailer Loki Musim 2 Pecah Rekod Disney+

Kakimuvee