Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Chris Hemsworth Mungkin Bintangi Filem Spin Off Men In Black

Aktor Thor: Ragnarok dan 12 Strong, Chris Hemsworth dilaporkan sedang berbincang dengan pihak studio untuk bintangi filem ‘spin off’ Men in Black yang bakal dihasilkan tidak lama lagi. Menurut laman web The Hollywood Reporter, filem ‘spin off’ berkenaan dikatakan akan berlatarbelakangkan kota London dan menampilkan kombinasi karakter kulit putih, wanita kulit hitam dan orang tua.

Filem spin off ini tidak akan menampilkan karakter asal yang dibintangi oleh Will Smith atapun Tommy Lee Jones, sebaliknya akan mengembangkan franchise Man in Black dengan pengenalan kepada karakter baru.

Pengarah filem The Fate of the Furious, F. Gary Gray akan mengarahkan filem ini manakala skrip akan ditulis oleh Matt Holloway & Art Marcum. Penerbit franchise asal, Walter Parkes dan Laurie MacDonald akan menerbitkan filem ini bersama-sama Steven Spielberg selaku penerbit eksekutif.

Trilogi Men in Black yang dibintangi oleh Will Smith dan Tommy Lee Jones ini telah mengutip $1.655 billion seluruh dunia dengan filem ketiga yang berjudul MIB 3 mendapat kutipan paling tinggi iaitu sebanyak $624.0 juta.  Barry Sonnenfeld telah mengarah semua filem-filem awal Men in Black.

Buat masa ini, filem spin off ini sedang masih dalam proses pembangunan dan tarikh tayangan telah ditetapkan pada

Related posts

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Penggambaran Extraction 2 Telah Bermula

Kakimuvee

Red Notice Menjadi Filem Paling Ramai Penonton Di Netflix

Kakimuvee

Siri Spin-Off Money Heist, ‘Berlin’ Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Kakimuvee

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Leave a Comment