Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Chris Hemsworth Dedah Penggambaran “Thor: Love and Thunder” Akan Bermula Minggu Ini

Peminat boleh menjangkakan beberapa gambar pertama dari set penggambaran Thor:Love and Thunder tidak lama lagi.

Menerusi laman Instagram, bintang MCU Chris Hemsworth telah memuatnaik gambar percutian keluarga, dan memberitahu kepada peminat bahawa penggambaran filem keempat Thor akan bermula pada minggu ini. 

Pemenang Anugerah Academy, Matt Damon dilaporkan menyertai barisan pelakon Thor: Love and Thunder selepas dilihat tiba di lapangan terbang Australia bersama keluarganya. Pelakon berusia 50 tahun itu pernah membawa watak Loki versi teater dalam filem Thor: Ragnarok. 

Taika Waititi kembali sebagai pengarah, dan turut menjadi sebagai penulis skrip bersama Jennifer Kaytin Robinson (Someone Great).  Filem ini merupakan sambungan kepada Thor: Ragnarok dan ditetapkan selepas peristiwa Avengers: Endgame. 

Natalie Portman kembali sebagai Jane dan dia kini mampu mengangkat Mjolnir. Chris Hemsworth dan Tessa Thompson turut kembali sebagai Thor dan Valkyrie, manakala bintang trilogi The Dark Knight, Christian Bale akan memainkan watak antagonis utama, iaitu “Gorr the God Butcher”.

Beberapa ahli Guardians of the Galaxy, Chris Pratt dan Vin Diesel turut serta barisan pelakon. Penyertai ahli Guardians dalam filem akan datang tidak mengejutkan kerana Diesel pernah menyatakan yang “Thor akan bekerjasama dengan Guardians of the Galaxy”,

Plot akan berdasarkan komik The Mighty Thor karya Jason Aaron dimana Jane Foster yang menghidapi barah mengambil alih peranan dan memiliki kekuatan Thor. 

Thor: Love and Thunder ditetapkan tayangan pada 5 Mei 2022. 

Related posts

Manga “Hellsing” Diangkat Ke Filem Dari Pencipta John Wick & Amazon Studios

Kakimuvee

Pandangan Pertama Jane Foster & Valkyrie Di Set Penggambaran “Thor: Love and Thunder”

Kakimuvee

“F9: The Fast Saga” Ditunda Lagi”

Kakimuvee

Hugh Grant & Sophia Lillis Sertai “Dungeons & Dragons”

Kakimuvee

Gambar ‘BTS’ “Thor: Love and Thunder” Sahkan Penglibatan Matt Damon

Kakimuvee

[Netflix] Saksikan Trailer & Poster Karakter “DOTA: Dragon’s Blood”

Kakimuvee

Leave a Comment

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman