Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Chris Evans & Scarlett Johansson Akan Bergandingan Dalam Filem Aksi Romantik “Ghosted”


Dua bintang terkenal Avengers, Chris Evans (Captain America; Avengers: Endgame) dan Scarlett Johansson (Black Widow; Avengers: Endgame) kini sedang dalam rundingan lanjut untuk membintangi Ghosted, sebuah filem aksi romantis berprofil tinggi dari Apple dan Skydance. 

Calon BAFTA Dexter Fletcher (Rocketman; Eddie the Eagle) akan mengarahkan filem akan datang dengan lakon layar akan ditulis oleh Rhett Reese dan Paul Wernick (Deadpool, Zombieland). Reese dan Wernick kini sedang merangka lakon layar untuk filem terbaru Chris Hemsworth, Escape from Spiderhead untuk Netflix. 

Butiran plot masih belum didedahkan, tetapi ia digambarkan sebagai filem penggembaraan aksi romantis yang memiliki nada yang sama dengan filem klasik Romancing the Stone lakonan Michael Douglas dan Kathleen Turner. 

Ini merupakan kali kesembilan Evans dan Johansson bergadingan, selepas The Perfect ScoreThe Nanny DiariesThe AvengersCaptain America: The Winter SoldierAvengers: Age of UltronCaptain America: Civil WarAvengers: Infinity WarCaptain Marvel, dan Avengers: Endgame; tetapi filem terbaru ini akan menjadi yang pertama sejak The Nanny Diaries dimana pasangan itu digandingan secara romantis. 

Sumber: Deadline 



Related posts

Poster karakter ‘Asteroid City’ Papar Barisan Pelakon Hebat Filem Terbaru Wes Anderson

Kakimuvee

Apple TV+ Lancar Trailer Filem Lakonan Ana de Armas & Chris Evans “Ghosted”

Kakimuvee

Chris Evans Dinamakan “Sexiest Man Alive 2022” Oleh Majalah People

Kakimuvee

Siri TV LUCY Sedang Dibangunkan, Morgan Freeman Kembali Mengulangi Peranan

Kakimuvee

Chris Evan Berminat Untuk Bawa Watak Johnny Storm Sekali Lagi

Kakimuvee

“Kembali Sebagai Captain America Adalah Satu Permintaan Sukar” – Chris Evans

Kakimuvee