Chris Evans Mahu Hasilkan Filem 'Buddy Comedy' Bersama-Sama Chris Hemsworth

0
45
views

Setelah kariernya memuncak selepas membintangi filem-filem Marvel, Ghostbuster dan filem akan datang Men in Black: International, pelakon yang berasal dari Australia, Chris Hemsworth merasa mahu mencuba sesuatu yang baru dalam karier lakonannya.

Pelakon watak Thor itu dikatakan mahu mencuba watak komedi dalam karier lakonannya, rakannya Chris Evans dilihat mahu turut serta.

Menurut laporan dari ComicBook.comChris Evans mendedahkan yang beliau mahu membintangi filem bertemakan 'buddy comedy' bersama-sama Hemsworth di masa akan datang.

Evans juga turut mendedahkan bahawa beliau amat rapat dengan rakannya itu meskipun kedua-dua mereka dilihat tidak bersama-sama dalam jelajah mempromosikan filem-filem Avengers.

“We had too much fun together, and truly like kids in school, we were separated because we couldn’t get shit done,"

“I would love to do one of those ’80s buddy comedies, where we could shed the characters we are known for.”

Jadi kepada peminat-peminat kedua-dua pelakon ini, mahukan anda melihat mereka bergandingan dalam filem komedi? kongsikan pendapat anda.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here