Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Chris Evans Dilaporkan Sedang Dalam Rundingan Untuk Kembali Sebagai Captain America

Chris Evans dilaporkan sedang dalam rundingan dengan Marvel Studios untuk kembali sebagai Captain America dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).

Menurut sumber Deadline, kepulangan semula Evans ke MCU mungkin sekadar penampilan istimewa dalam filem superhero MCU yang lain, bukannya sebagai watak utama atau filem terbaru Captain America. Ia seperti kemunculan Tony Stark lakonan Robert Downey Jr. dalam filem Spider-Man: Homecoming.

Walaubagaimanapun, laporan Deadline tidak mendapat respon Marvel Studios, tetapi Evans memberi reaksi kepada khabar angin yang telah tersebar. 

Menerusi laman Twitter peribadi, Evans telah menulis tweet, “Berita kepada saya” berserta dengan emoji yang mengangkat bahu. Walaupun tiada sebarang kenyataan mengenai laporan media, Evans sekurang-kurangnya mengambil perhatian terhadap berita tentang kepulangannya ke MCU.

Selepas filem Avengers: Endgame yang lalu, Evans telah menyatakan kepada peminat bahawa dia akan bersara dari membawakan watak adiwira Captain America. Namun, beberapa bulan kebelakangan ini, telah timbul idea untuk melihatnya kembali meneruskan peranannya di MCU. 

Kepada peminat filem-filem Marvel, adakah anda mahu melihat Captain America kembali ke MCU? kongsikan pendapat anda.

Sumber: IGN

Related posts

Trailer Uncharted Soroti Babak Yang Diambil Dari Permainan Video

Kakimuvee

Emily Blunt Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Christopher Nolan, “Oppenheimer”

Kakimuvee

Strim Siri Hit Terkini & Filem Warner Bros. Di HBO GO Dengan Harga RM 23.30 Sebulan

Kakimuvee

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

Leave a Comment