Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Chris Evan Berminat Untuk Bawa Watak Johnny Storm Sekali Lagi

Sebelum wataknya sebagai Captain America menjadi salah satu watak ikonik dalam Marvel Cinematic Universe, Chris Evans pernah membintangi satu lagi watak Marvel iaitu Johnny Storm a.k.a The Human Torch.

Walaupun watak itu tidak begitu memberi impak kepada kerjayanya, berbanding Captain America, Evan menyatakan bahawa dia tidak keberatan untuk kembali ke peranan itu sekiranya diminta. 


Semasa temubual dengan MTV News, Evans ditanya tentang peranannya dalam filem superhero tahun 2005 Fantastic Four, dan sekuel Fantastic Four: Rise of the Silver Surfer. Pelakon itu berkata, dia tidak pernah ditawarkan peluang untuk kembali ke watak itu. 

“Bukankah bagus? tidak siapa pernah datang kepada saya bercakap tentang pekara itu,” ujar Evans.

“Maksud saya, saya tidak kelihatan sama lagi. Itu 15, hampir 20 tahun yang lalu. Tetapi saya sangat menyukai watak itu. Tetapi saya berfikir… adakah mereka tidak melakukan sesuatu dengan Fantastic Four sekarang?”

Evans kemudian ditanya tentang kemungkinan kembali mengulangi peranan itu berikutan pengenalan ‘multiverse’ dalam Marvel Cinematic Universe. 

Pelakon itu berpendapat bahawa idea untuk kembali ke MCU sebagai The Human Torch adalah lebih mudah berbanding Captain America. Bagi Evans, Captain America sangat bernilai baginya, dan dia tidak mahu menganggu pengalaman indah sepanjang membawa peranan itu. 

“[Saya rasa] semua pertaruhan terbatal. Lihat, saya akan menyukainya,” kata Evans.

“Saya akan menyukainya. Ia sebenarnya lebih mudah menawarkan kepada saya berbanding kembali sebagai Cap [Captain America]. Cap sangat berharga bagi saya. [Saya] tidak mahu mengganggu pengalaman yang indah itu.”

“Tetapi Johnny Storm, saya rasa dia tidak benar-benar mendapat waktunya. Itu sebelum Marvel benar-benar menemui tapaknya. Jadi, saya suka peranan itu dan…siapa tahu?”

Related posts

[VIDEO] Nathalie Emmanuel Terperangkap Dalam Perkahwinan Pontianak Dalam Trailer “The Invitation”

Kakimuvee

HBO Dedah Poster Rasmi “House of the Dragon”

Kakimuvee

Temuera Morrison Teruja Dapat Muncul Dalam Siri “Obi-Wan Kenobi”

Kakimuvee

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Steve Carell Kembali Ke “The Office” Sebagai Gru Dalam Promo Terbaru “Minions: The Rise of Gru”

Kakimuvee

Leave a Comment