Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Choi Jin Hyuk & Park Ju Hyun Bintangi Drama Terbaru Berjudul ZOMBIE DETECTIVE

Choi Jin Hyuk dan Park Ju Hyun disahkan bintangi drama terbaru KBS berjudul Zombie Detective (working title).

Drama komedi tersebut berkisar tentang zombie pada tahun kebangkitannya yang kedua – yang menjadi detektif dalam mencari masa lampaunya, dan dalam masa yang sama, melakukan yang terbaik untuk hidup disamping dengan manusia.

Choi Jin Hyuk akan memainkan peranan sebagai Kim Moo Young, zombi yang tampan dengan fizikal yang luar biasa. Sudah dua tahun sejak dia dibangkitkan sebagai zombi dan kehilangan ingatannya, dan setelah usaha yang luar biasa untuk membetulkan pertuturannya yang tidak jelas dan gayanya yang canggung, dia menemukan permulaan baru sebagai seorang detektif.

Park Ju Hyun memainkan peranan sebagai Gong Seon Ji, seorang penulis untuk program penyiasatan yang sangat optimis, tabah, dan sangat adil. Apabila seorang saksi kes yang disiasatnya diserang oleh penyerang yang tidak diketahui, dia secara tiba-tiba meninggalkan pekerjaannya. Dia kemudiannya bertemu dengan detektif zombie Kim Moo Young dan mula bekerja di pejabatnya.

Zombi Detective ditulis oleh Baek Eun Jin dan diarahkan Shim Jae Yun (The Producers).

Related posts

5 THINGS WE CAN LOOK FORWARD TO IN HOSPITAL PLAYLIST S2

Zulaikha

“Bossam: Steal The Fate” Cipta Rekod Untuk MBN, “Love (Ft. Marriage And Divorce) 2” Memulakan Episod Pertama Dengan Rating Rendah

Zulaikha

“Sell Your Haunted House” & “Law School” Berakhir Dengan Rating Kukuh

Zulaikha

Park Ju Hyun, Kim Yeo Jin, Kim Do Yoon, & Jung Woong Bintangi Filem Aksi Bertajuk “Drive”

Zulaikha

“The Penthouse 3”, Park Bo Young No. 1 Dalam Senarai Mingguan Drama & Pelakon Paling Popular

Zulaikha

“Youth Of May” Berakhir Dengan Rating Yang Mantap

Zulaikha

Leave a Comment

Add your own review

Rating