Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Choi Jin Hyuk Mengejutkan Park Ju Hyun Dalam Gambar Terbaru Zombie Detective

Choi Jin Hyuk dan Park Ju Hyun berhadapan dengan pertemuan pertama yang mengejutkan dalam gambar terbaru drama KBS 2TV, Zombi Detective. 

Dalam gambar tersebut, Kim Moo Young bertemu Gong Seon Ji dengan mulutnya terbuka lebar, seolah-olah dia dikendalikan oleh naluri semula jadi sebagai zombie. Berlari ke arahnya dalam kegelapan, Gong Seon Ji terkejut, dan pertemuan pertama mereka ini menimbulkan suasana yang menakutkan. Apa hubungan mereka selepas kejadian berbahaya itu?

Zombie Detective berkisar tentang zombie pada tahun kebangkitannya yang kedua – yang menjadi detektif dalam mencari masa lampaunya, dan dalam masa yang sama, melakukan yang terbaik untuk hidup disamping dengan manusia.

Choi Jin Hyuk akan memainkan peranan sebagai Kim Moo Young, zombi yang tampan dengan fizikal yang luar biasa. Sudah dua tahun sejak dia dibangkitkan sebagai zombi dan kehilangan ingatannya, dan setelah usaha yang luar biasa untuk membetulkan pertuturannya yang tidak jelas dan gayanya yang canggung, dia menemukan permulaan baru sebagai seorang detektif.

Park Ju Hyun memainkan peranan sebagai Gong Seon Ji, seorang penulis untuk program penyiasatan yang sangat optimis, tabah, dan sangat adil. Apabila seorang saksi kes yang disiasatnya diserang oleh penyerang yang tidak diketahui, dia secara tiba-tiba meninggalkan pekerjaannya. Dia kemudiannya bertemu dengan detektif zombie Kim Moo Young dan mula bekerja di pejabatnya.

Zombie Detective dijadualkan tayangan pada 21 September ini, jam 9.30 malam waktu tempatan.

Sumber: Soompi

Related posts

“Law School” Cipta Rekod Peribadi, Rating “Mouse” Meningkat

Zulaikha

“Mad For Each Other” Goda Ledakan Gila Dalam Siri Rom-Com Terbaru Netflix

Zulaikha

EVERYTHING WE RINDU FROM VINCENZO

Zulaikha

Temukan Makna Keluarga yang Sejati Dalam Filem “Ali & Ratu Ratu Queens”, Akan Datang Ke Netflix

Kakimuvee

Kim Nam Gil Ditawarkan Watak Utama Dalam Drama Thriller Terbaru “Those Who Read Hearts of Evil”

Zulaikha

Episod Terakhir “Vincenzo” Capai Penilaian Ke-6 Tertinggi Dalam Sejarah tvN

Zulaikha