Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Slot Asia

Choi Jin Hyuk Hairan Menjadi Zombi Dalam Teaser Terbaru “Zombie Detective”

KBS 2TV telah melancarkan teasser terbaru Zombie Detective yang menampilkan Choi Jin Hyuk.

Teaser dibuka dengan klip yang memaparkan Kim Moo Young bercakap, “Saya tidak ingat apa-apa,” sambil berlari di dalam hutan yang gelap ke arah cahaya matahari.

Suaranya diteruskan dengan ayat, “Saya tidak ingat siapa saya, mengapa saya berada di sini, atau ke mana saya mesti pergi.” Kegelapan hutan kemudian diatasi oleh cahaya matahari, dan Kim Moo Young dengan lesu membuka matanya dan melihat tangannya yang berlumuran darah. Teaser itu berakhir ketika kamera bergerak keluar untuk menunjukkan Kim Moo Young duduk di tengah-tengah hutan hijau dengan bangkai binatang yang diletak di tanah di hadapannya.

Zombie Detective berkisar tentang zombie pada tahun kebangkitannya yang kedua – yang menjadi detektif dalam mencari masa lampaunya, dan dalam masa yang sama, melakukan yang terbaik untuk hidup disamping dengan manusia.

Choi Jin Hyuk akan memainkan peranan sebagai Kim Moo Young, zombi yang tampan dengan fizikal yang luar biasa. Sudah dua tahun sejak dia dibangkitkan sebagai zombi dan kehilangan ingatannya, dan setelah usaha yang luar biasa untuk membetulkan pertuturannya yang tidak jelas dan gayanya yang canggung, dia menemukan permulaan baru sebagai seorang detektif.

Park Ju Hyun memainkan peranan sebagai Gong Seon Ji, seorang penulis untuk program penyiasatan yang sangat optimis, tabah, dan sangat adil. Apabila seorang saksi kes yang disiasatnya diserang oleh penyerang yang tidak diketahui, dia secara tiba-tiba meninggalkan pekerjaannya. Dia kemudiannya bertemu dengan detektif zombie Kim Moo Young dan mula bekerja di pejabatnya.

Zombie Detective dijadualkan tayangan pada September ini.

Related posts

“Vincenzo” & “Times” Capai Rating Tertinggi Setakat Ini

Zulaikha

[TRAILER] Siri Terbaru Netflix “Shadow and Bone” Akan Ditayangkan April Ini.

Kakimuvee

7 HOT K-DRAMA LAWYERS YOU WANT ON YOUR SIDE

Isqandar

Barisan Pelakon & Trailer Filem Animasi Terbaru Disney / Pixar “Luca”

Kakimuvee

CELEBRATE WHITE DAY WITH OH!K THIS MARCH

Zulaikha

Netflix Lancar Trailer Terakhir & Poster Karakter “Pacific Rim: The Black”

Kakimuvee

Leave a Comment

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman