Slot Asia

Choi Jin Hyuk Dan Park Ju Hyun Dalam Poster Terbaru Drama ZOMBIE DETECTIVE

Views

KBS 2TV dan produksi RaemongRein telah mendedahkan poster terbaru drama Zombie Detective yang memaparkan keperibadian para watak ditengah latar yang gelap dan menyeramkan. Anda boleh saksikannya dibawah. 

Zombie Detective berkisar tentang zombie pada tahun kebangkitannya yang kedua – yang menjadi detektif dalam mencari masa lampaunya, dan dalam masa yang sama, melakukan yang terbaik untuk hidup disamping dengan manusia.

Choi Jin Hyuk akan memainkan peranan sebagai Kim Moo Young, zombi yang tampan dengan fizikal yang luar biasa. Sudah dua tahun sejak dia dibangkitkan sebagai zombi dan kehilangan ingatannya, dan setelah usaha yang luar biasa untuk membetulkan pertuturannya yang tidak jelas dan gayanya yang canggung, dia menemukan permulaan baru sebagai seorang detektif.

Park Ju Hyun memainkan peranan sebagai Gong Seon Ji, seorang penulis untuk program penyiasatan yang sangat optimis, tabah, dan sangat adil. Apabila seorang saksi kes yang disiasatnya diserang oleh penyerang yang tidak diketahui, dia secara tiba-tiba meninggalkan pekerjaannya. Dia kemudiannya bertemu dengan detektif zombie Kim Moo Young dan mula bekerja di pejabatnya.

Zombie Detective sepatutnya menemui penonton pada 27 Ogos ini, tetapi ditangguhkan akibat pandemik COVID-19.

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman

Tinggalkan Balasan

Add your own review

Rating

shares