
Drama khas ulang tahun ke-10 JTBC yang akan datang, Sisyphus: The Myth telah melancarkan teaser terbaru yang memaparkan gandingan watak utama lakonan Park Shin Hye dan Cho Seung Woo.
Sisyphus: The Myth adalah drama fantasi misteri yang memberi fokus kepada jurutera genius, Han Tae Sool (Cho Seung Woo) yang berusaha untuk membongkar kebenaran di sebalik kematian abangnya, dan seorang pahlawan elit bernama Kang Seo Hae (Park Shin Hye), yang mengembara masa untuk menolongnya.
Sisyphus: The Myth akan memulakan tayangannya pada Februari ini sebaik sahaja drama Run On selesai tayangannya. Anda boleh saksikan trailer dengan sarikata bahasa Inggeris dibawah.
*Tukar caption ke bahasa Inggeris jika sarikata masih dalam bahasa Korea.*
Advertising
Advertising