Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Chiwetel Ejiofor Kembali Dalam Sekuel Doctor Strange

Pelakon Chiwetel Ejiofor disahkan kembali sebagai Baron Mordo dalam sekuel Doctor Strange in the Multivers of Madness. 

Ketika temubual dengan Screen Rant untuk membincangan peranannya dalam filem Netflix The Old Guard, calon Oscar itu mendedahkan bahawa dia akan kembali meneruskan peranannya sebagai ahli siri yang menjadi musuh kepada watak utama, Doctro Strange.


We’re hoping to start pretty soon is what I can tell you,” “So, you know, as soon as possible. We’re all really excited to get going and to get cracking with it. I can’t wait.”

Mordo kali terakhir dilihat dalam babak kredit Doctor Strange dimana dia mengunjungi Jonathan Pangborn – lelaki yang telah menggunakan tenaga ajaibnya untuk menyembuhkan kelumpuhan yang dialaminya dan menjalani kehidupan normal.

Mordo kemudiannya mencuri tenaga dari Pangborn sehingga lelaki itu kembali lumpur, dan menyatakan bahawa dunia ini dipenuhi terlampau ramai ahli sihir, sekaligus menetapkan dirinya bakal menjadi penjahat dalam MCU. Mordo merupakan antara beberapa karakter utama MCU yang tidak muncul dalam filem-filem seterusnya.

Filem sekuel akan datang menyaksikan Benedict Cumberbatch kembali sebagai Doctor Stephen Strange, dan dia disertai Elizabeth Olsen yang memainkan peranan sebagai Scarlet Witch/Wanda Maximoff. Beberapa pelakon dari filem pertama seperti Rachel McAdams, dan Benedict Wong dijangka turut kembali meneruskan peranan mereka.

Doctor Strange in the Multiverse of Madness akan menemui penonton pada 5 November 2021.

Related posts

Samuel L. Jackson Bergandingan Dengan Chris Pratt Dalam Filem Animasi Terbaru “Garfield”

Kakimuvee

Kutipan Terkumpul “Doctor Strange 2” Kini Melebihi AS$800 Juta

Kakimuvee

Warner Bros. Umum Tarikh Tayangan “Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore” Di HBO Max

Kakimuvee

Trailer Pertama “Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One” Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer & Poster Terbaru “Thor: Love and Thunder” Soroti Penjahat Gorr the God Butcher

Kakimuvee

Astro Shaw Dapat Lesen Hak Cipta Untuk Hasilkan Filem Aksi Langsung “Keluang Man”

Kakimuvee

Leave a Comment