Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Chistopher Nolan Kata HBO Max Platform Streaming Paling Teruk, Kecam Plan Warner Bros.

Christopher Nolan akhirnya bersuara mengenai perancangan Warner Bros. untuk menayangkan semua filem tahun 2021 secara serentak di pawagam dan platform streaming HBO Max.

Ketika bercakap kepada The Hollywood Reporter baru-baru ini, Nolan menyifatkan pelan Warner Bros. itu merosakkan usaha pembikin filem dan pelakon yang bertungkus-lumus menghasilkan filem. 

“Some of our industry’s biggest filmmakers and most important movie stars went to bed the night before thinking they were working for the greatest movie studio and woke up to find out they were working for the worst streaming service,” 

Bukan itu sahaja, pengarah Tenet itu turut menyatakan keputusan pihak studio tidak masuk akal dari segi ekonomi.

Their decision makes no economic sense, and even the most casual Wall Street investor can see the difference between disruption and dysfunction.”

Pelan yang diumumkan Warner Bros. baru-baru ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa pihak. Rangkaian pawagam terbesar US, AMC, telah mengutuk pelan yang dirancang oleh WarnerMedia kerana ia akan memberi kesan besar pada perniagaan pawagam. 

Studio Legendary pula dikhabarkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Warner Bros. kerana menyenaraikan Godzilla vs. Kong dan Dune dalam senarai filem di HBO Max tanpa persetujuan mereka. 

Selain itu juga, ia turut menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa ejen dan pengurus pelakon-pelakon kelas-A Hollywood. 

Menurut The NY Times, ejen dan pengurus untuk beberapa pelakon terkenal – seperti Denzel Washington (The Little Things), Margot Robbie (The Suicide Squad), Will Smith (King Richard), Keanu Reeves (The Matrix 4), Hugh Jackman (Reminiscence) dan Angelina Jolie (Those Who Wish Me Dead) – dikatakan tidak berpuas hati kerana bintang mereka tidak dilayan seperti mana Warner Bros. melayan Gal Gadot dan Patty Jenkins. 

Sebelum Warner Bros. membuat keputusan untuk menayangkan Wonder Woman 1984 secara serentak di pawagam dan HBO Max, pihak studio berhubung dengan Gadot dan Jenkins terlebih dahulu untuk mengetahui reaksi mereka.

Namun, selepas berunding, Warner Bros. akhirnya bersetuju untuk membayar $10 juta setiap seorang kepada kedua-dua individu penting Wonder Woman itu sebagai ganti rugi. Bagaimanapun, pihak studio tidak membuat pendekatan yang sama kepada pelakon lain, menurut The NY Times.

Directors Guild of America akan mengambil tindakan boikot, manakala agensi pelakon bersiap sedia untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap keputusan Warner Bros.

Apa yang dikatakan Nolan ada benarnya. Keputusan Warner Bros. bukan sahaja merugikan dari segi ekonomi (membayar pampasan dan saman), malah membuatkan pembikin filem dan pelakon bintang menjauhi studio itu kerana bakat dan usaha mereka hanya setakat di platform streaming.

Related posts

Filem “The Flash” Sudah Mulakan Penggambaran, Michael Keaton Sah Kembali Sebagai Batman

Kakimuvee

Tiga Pengarah Ketuai Projek Sekuel “Spider-Man: Into the Spider-Verse”

Kakimuvee

Paul Dano & Kunal Nayyar Bintangi Filem Netflix “Spaceman”

Kakimuvee

Joe Manganiello Dedah Kenapa Deathstroke Mahu Bunuh Batman

Kakimuvee

Teaser Rasmi “Shang-Chi And The Legend Of The Rings” Perkenalkan Superhero Baru Dan.. The Mandarin

Kakimuvee

Christian Bale Botakkan Kepala Demi Wataknya Dalam Filem “Thor: Love & Thunder”

Kakimuvee