Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

China Gugurkan Perkataan “Star Wars” Dalam Filem Han Solo


Walaupun China boleh dikatakan lubuk duit buat filem-filem Hollywood, tidak semua mampu memberi pulangan besar kepada pihak studio apabila menayangkan filem mereka di negara yang mempunyai paling ramai penduduk di dunia itu.

Filem hit tahun lepas, Star Wars: The Last Jedi merupakan antara filem Hollywood yang mengalami kegagalan besar selepas ditayangkan China. Mula ditayangkan pada 5 Januari 2018, filem terbitan Disney dan Lucasfilm itu hanya mampu bertahan selama dua minggu sahaja sebelum kesemua pawagam di China menghentikan tayangan filem kelapan Star Wars itu untuk memberi ruang kepada filem-filem lain.

Malah filem-filem Star Wars sebelum itu iaitu A Force Awakens dan Rogue One juga turut mengalami nasib yang sama, tidak begitu menunjukan prestasi yang baik dari segi kutipan tiket. Bagi mengelakkan pekara tersebut berulang, filem spinoff kedua Star Wars yang berjudul Han Solo: A Star Wars Story telah ditukar namanya kepada Ranger Solo dan membuang perkataan “Star Wars” pada tajuk tersebut.

Pihak studio berharap, dengan membuang perkataan “Star Wars” pada tajuk mungkin dapat mengaburi mata penonton dan menarik mereka datang menonton filem Ranger Solo tanpa mengentahui ianya adalah filem Star Wars.

Filem Han Solo: A Star Wars Story bakal ditayangkan pada 23 May 2018



Related posts

The Mandalorian Bakal Mendapat Filem Sulung

Kakimuvee

CEO Disney Bob Iger Mahu Kurangkan Kandungan Marvel & Star Wars

Kakimuvee

‘Star Wars: Ahsoka’ Akan Dilancarkan Di Disney+ Hotstar Pada 23 Ogos Ini

Kakimuvee

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Lancar Trailer & Poster Terbaru “Star Wars: The Mandalorian” Musim 3

Kakimuvee

Star Wars: The Acolyte Akan Menjadi Siri Pertama Yang Diterajui Sith

Kakimuvee