Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Chin Han, Hiroyuki Sanada Sertai Mortal Kombat Sebagai Shang Tsung & Scorpion

Pelakon Chin Han (The Dark Knight, Skyscraper) dilaporkan telah menyertai barisan pelakon filem reboot Mortal Kombat dengan memainkan peranan sebagai Shang Tsung. Dia turut disertai pelakon filem Avengers: Endgame, Hiroyuki Sanada yang akan berperanan sebagai Scorpion.

Antara pelakon yang disahkan membintangi filem adaptasi permainan video ini adalah Joe Taslim yang memainkan peranan sebagai Sub-Zero, Ludi Lin sebagai Liu Kang, Mehcad Brooks sebagai Jackson “Jax’ Briggs, Sisi Stringer sebagai Mileena, Tadanobu Asano sebagai Raiden, Jessica McNamee sebagai Sonya Blade, Josh Lawson sebagai Kano dan Lewis Tan yang mana wataknya masih lagi tidak diketahui.

Mortal Kombat akan mengisahkan tentang seorang protagonis yang terlibat dalam pertarungan interdimensi, dan kemudiannya menyedari potensi sebenarnya selepas bertarung dengan lawan-lawannya.

James Wan dan syarikatnya, Atomic Monster akan menerbitkan filem ini bersama-sama Todd Garner. Larry Kasanoff, E. Bennet Walsh, Michael Clear dan Sean Robins akan bertindak selaku penerbit eksekutif. Simon McQuoid akan mengarahkan filem ini berdasarkan skrip yang ditulis oleh Greg Russo

Mortal Kombat pertama kali diangkat ke layar perak pada tahun 1995, yang diarahkan oleh Paul W.S. Anderson. Filem sekuel berjudul Mortal Kombat: Annihilation menyusul dua tahun kemudianBagaimanapun, kritikan teruk yang diterima Mortal Kombat: Annihilation telah menyebabkan penghasilan filem ketiga dibatalkan oleh pihak studio.

Penggambaran akan dilakukan di Australia pada penghujung tahun ini dan bakal menemui penonton pada 5 Mac 2021.

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

New reality dating series FBOY ISLAND debuts August 5 exclusively on HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment