Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Cheryl Hines & Margaret Cho Sertai Musim Ke-2 The Flight Attendant

Produksi The Flight Attendant telahpun bermula, dan Deadline melaporkan bahawa HBO Max telah menambah sembilan pelakon baru untuk sertai Kaley Cuoco dalam musim kedua siri komedi thriller yang akan datang. Penggambaran akan dibuat di beberapa lokasi seperti Los Angeles, Berlin, Germany, dan Reykjavik, Iceland.

Cheryl Hines (Curb Your Enthusiasm), Jessie Ennis (Mythic Quest), Mae Martin (Feel Good), Margaret Cho (30 Rock), Santiago Cabrera (Star Trek: Picard), dan Shohreh Aghdashloo akan menyertai barisan pelakon musim pertama, manakala Zosia Mamet, Griffin Matthews, Deniz Akdeniz dan Rosie Perez akan kembali meneruskan peranan masing-masing. 

Musim Kedua The Flight Attendant menyaksikan Cassie (Cuoco) menjalani kehidupan yang terbaik dan tenang di Los Angeles dan dijaga sebagai aset CIA. Apabila tugasan di luar negara menyebabkannya secara tidak sengaja melihat kes pembunuhan, dia sekali lagi terjerat dengan komplot antarabangsa. 

The Flight Attendant dicipta dan diterbitkan oleh Steve Yockey, manakala penerbit eksekutif terdiri daripada Cuoco, Greg Berlanti, Sarah Schechter, Meredith Lavander, Marcie Ulin, dan Susanna Fogel.

Awal tahun ini, siri The Flight Attendant memperoleh pencalonan utama di Golden Globe termasuk Siri Televisyen Terbaik – Muzikal atau Komedi dan Pelakon Wanita Terbaik – Siri Televisyen Musikal atau Komedi untuk persembahan hebat Cuoco pada musim pertama. Musim pertama juga mendapat lapan pencalonan Emmy termasuklah Pelakon Pembantu Cemerlang untuk Rosie Perez dan juga calon Emmy untuk Muzik Tema Tajuk Utama Asli Terbaik.

 

Strim The Flight Attendant S1

Related posts

Hayden Christensen Akan Kembali Sebagai Darth Vader Dalam Siri Star Wars: Ahsoka

Kakimuvee

Trailer The Flash: Armageddon Mengusik Acara Crossover 5-Bahagian

Kakimuvee

Produksi Secret Invasion Telah Bermula

Kakimuvee

[VIDEO] Hawkeye Tayang Dua Episod Pertama Pada 24 November, TV Spot Terbaru Telah Dilancarkan

Kakimuvee

Succession Kembali Untuk Musim Ketiga Pada 18 Oktober Secara Eksklusif Di HBO GO & HBO

Kakimuvee

Teaser Hanna Musim 3 Goda Tarikh Pelancaran Untuk Siri Aksi Drama Amazon

Kakimuvee

Leave a Comment