Official Trailer

Charlize Theron Masih Berbisa Dalam Klip Filem THE OLD GUARD

Views

Dengan tayangan yang semakin hampir, Netflix telah melancarkan lima klip filem The OId Guard. Anda boleh saksikan klip-klip tersebut dipemain video dibawah.

Filem aksi ini diarahkan oleh Gina Prince-Bythewood (Love & Basketball, Beyond The Lights), manakala lakon layar ditulis oleh Greg Rucka.

Diketuai oleh seorang pejuang bernama Andy (Charlize Theron), sekumpulan tentera upahan yang miliki abiliti luarbiasa dimana mereka tidak boleh mati, telah berjuang untuk melindungi dunia fana selama berabad-abad. Tetapi ketika pasukan itu direkrut untuk menjalankan misi kecemasan dan kemampuan luar biasa mereka tiba-tiba terdedah, terserah kepada Andy dan Nile (Kiki Layne), askar baru yang menyertai mereka, untuk membantu kumpulan itu menghilangkan ancaman dari mereka yang cuba meniru dan menyalahgunakan kuasa mereka dengan apa jua cara yang diperlukan.

The Old Guard turut dibintangi Marwan Kenzari, Luca Marinelli, Harry Melling, Van Veronica Ngo, serta Matthias Schoenaerts dan Chiwetel Ejiofor.

Nantikan The Old Guard pada 10 Julai ini, eksklusif di Netflix.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks