Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Charlize Theron, Helen Mirren Bintangi Filem Fast 9


Akres Charlize Theron dan Helen Mirren akan kembali membawakan watak masing-masing iaitu Cipher dan Magdalene Shaw dalam filem terbaru francais The Fast & The Furious berjudul Fast 9.

Kedua-dua mereka sebelum ini telah membuat penampilan pertama menerusi filem The Fate of the Furious yang diterbitkan pada 2017. Seperti biasa, Vin Diesel menggunakan laman rasmi Instagram miliknya untuk mengumumkan berita ini kepada peminatnya.

https://www.instagram.com/p/Bzp7hQ1l-Po/?utm_source=ig_web_copy_link

Fast 9 menyaksikan pelakon Jordana Brewster kembali membawakan wataknya sebagai Mia dan turut menambah beberapa muka baru seperti Finn Cole, Anna Sawai dan Vinnie Bennett.

Filem terbaru ini dibintangi Vin Diesel, Michelle Rodriguez, Nathalie Emmanuel, Lucas Black, Tyrese Gibson, dan Ludacris. Manakala tempat Dwayne “The Rock” Johnson yang tidak kembali dalam siri kali ini diganti dengan John Cena.


Fast and Furious 9 sepatutnya ditayangkan pada 19 April yang lalu, tetapi terpaksa ditukar tarikh ke 22 Mei 2020 bagi memberi laluan filem Hobbs & Shaw yang akan ditayangkan pada 2 Ogos tahun ini.

Pengarah Justin Lin akan kembali mengarah francais kali ini selepas menerajui 3 filem Fast and Furious iaitu filem ketiga sehingga keenam.


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee