Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Charlie Cox Nafi Lengan Yang Dilihat Dalam Trailer ‘Spider-Man: No Way Home’ Adalah Lengannya


Apabila trailer filem Marvel Studios yang akan datang, Spider-Man: No Way Home dilancarkan, ramai peminat mula berspekulasi mengenai kemunculan aktor siri Marvel Netflix Daredevil, Charlie Cox dalam trailer tersebut. Baru-baru ini, pelakon itu tampil memberi reaksi mengenai khabar angin peminat dalam satu temubuat bersama ComicBook.com.

Dalam tembual tersebut, Cox telah ditanya mengenai khabar angin yang mengatakan dia akan kembali meneruskan peranannya sebagai Matt Murdock dalam filem terbaru Spider-Man yang akan datang, dan teori peminat yang mengatakan lengannya telah dlihat dalam babak dimana Peter Parker sedang disoal siasat di sebuah balai polis. 

Cox menjelaskan bahawa lengan yang dilihat dalam trailer bukanlah lengannya. “Saya boleh berkata kepada anda bahawa itu bukan lengan saya,” kata Cox,

Jawapan yang diberikan Cox pasti mengecewakan memandangkan ramai peminat berharap dia akan kembali sebagai Matt Murdock. Sejak siri Daredevil dibatalkan, peminat mahu melihat penampilan Cox sebagai Daredevil dalam Marvel Cinematic Universe, dan memandangkan filem No Way Home akan melibatkan ‘multiverse’, ia mungkin menjadi tempat yang sesuai untuk watak itu muncul buat kali pertama dalam dunia MCU.

Buat masa ini, peminat harus tunggu dan lihat sama ada dia akan kembali dalam dunia Marvel.


Spider-Man: No Way Home menyaksikan kepulangan semula Tom Holland sebagai watak superhero kegemaran ramai, Spider-Man/Peter Parker. Dia turut disertai Benedict Cumberbatch sebagai Doctor Strange. Dijangkakan, kedua-dua mereka akan bergandingan untuk menentang Electro dan Doctor Octopus, kedua-duanya dilakonkan oleh Jamie Foxx dan Alfred Molina, dan antara penjahat francais Spider-Man terdahulu yang disahkan kembali dalam filem kali ini.

Seperti WandaVision, No Way Home akan terikat dengan peristiwa Doctor Strange in the Multverse of Madness, arahan Sam Raimi. 

Entri ketiga Spider-Man MCU ini turut menampilkan kepulangan sebilangan besar pelakon dari filem sebelumnya seperti Zendaya (Euphoria, Dune) sebagai MJ, Jacob Batalon (50 State of Fright) sebagai Ned, Marisa Tomei (The King of Staten Island) sebagai Aunt May, Tony Revolori (The French Dispatch) sebagai Flash dan Hannibal Buress (Tag) sebagai Coach Wilson.

Spider-Man: No Way Home dijadualkan tayangan pada 17 Disember 2021.


Related posts

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Matlamat Suci Loki Ditunjukkan Dalam Finale Siri ‘Loki’

Kakimuvee