Berita

Charlie Cox Mungkin Meneruskan Watak Daredevil Dalam Filem MCU

Views

Daredevil merupakan antara rancangan Marvel Netflix yang terpaksa dibatalkan meskipun beraksi cemerlang selama tiga musim. Walaupun begitu, peminat masih tidak putus harapan yang melihat watak Daredevil lakonan Charlie Cox kembali ke Marvel Cinematic Universe (MCU) bentuk yang berbeza pada masa akan datang

Buat masa ini Marvel Studios masih tidak dibenarkan untuk menyentuh Defender selama beberapa tahun kerana hakmilik masih dipegang Netflix. Namun jika tempoh hakmilik tamat, tidak mustahil Daredevil dan karakter Defender yang lain akan dibawa masuk ke MCU.

Menurut laporan dari laman We Got This Covered, Marvel dikatakan mahu aktor Charlie Cox kembali memainkan peranannya sebagai Daredevil dalam filem MCU akan datang. Buat masa ini masih belum ada pengesahan, tetapi difahamkan pihak studio merancang untuk terus mengekalkan Cox sebagai Daredevil memandangkan dia memiliki potensi yang besar.

Memandangkan kontrak diantara Netflix dan Marvel untuk karakter Daredevil akan tamat pada 2020, terdapat perkhabaran lain yang mengaitkan Daredevil dengan filem Spider-Man 3. Alter ego Daredevil, Matt Murdock dikatakan akan membuat kemunculan dalam filem Spider-Man akan datang sebagai peguam kepada Peter Parker selepas dia dituduh oleh Mysterio. Selain Matt Murdock, karakter She-Hulk a.k.a Jennifer Walters juga turut dikaitkan dengan peranan peguam kepada Peter Parker.

BACA:  Poster Ala "Infinity War" Crisis on Infinite Earths Beri Petanda Kemusnahan Multiverse?

Setakat ini, laporan mengenai Charlie Cox sebagai Daredevil dan penglibatan Daredevil dalam filem Spider-Man 3 masih lagi dianggap khabar angin. Perancangan untuk watak Daredevil mungkin hanya akan diketahui sekurang-kurangnya tahun hadapan apabila kontrak bersama Netflix tamat. Begitu juga dengan filem Spider-Man 3, maklumat dan info mengenai filem ketiga Spidey itu hanya akan diketahui sebaik sahaja proses pra-produksi dimulakan.

Apapun diharapkan Marvel dapat mengekalkan Charlie Cox sebagai Matt Murdock / Daredevil dan memperkenalkan karakter tersebut dalam MCU; sama ada menerusi rancangan televisyen, filem solo atauapun filem ‘crossover’.

Tinggalkan Balasan

shares